HRMIS 2.0 – Cara Login & Jenis-Jenis MyHrmis

Kerajaan komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan
Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik. Selaras dengan usaha ini, Projek Sistem Maklumat PSM atau Human Resource Management Information System (HRMIS) telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik tersebut.

Proses sumber manusia kini diikui dengan pembangunan aplikasi HRMIS. Sistem HRMIS telah diwujudkan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua agensi kerajaan dan membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz
perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang
lebih lengkap

Apa Itu HRMIS?

HRMIS atau panjangnya Human Resources Management System merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang dibangunkan khas bagi memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

Ia juga merupakan aplikasi perdana kerajaan persekutuan dan semua penjawat awam mempunyai ID masing-masing yang boleh didapati dari Pentabir HRMIS jabatan masing-masing.

HR ini berfungsi dari mula perlantikkan sehingga akhir tamat perkhidmatan dan sistem HRMIS sistem ini dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang HRMIS ini :

Cara Login HRMIS 2.0

Bagi penjawat awam yang mempunyai akaun HRMIS, di bawah ialah pautan ke laman utama HRMIS :

0️⃣1️⃣Sila layari ke laman web HRMIS 2.0

0️⃣2️⃣Masukkan ID pengguna anda dan Kata Laluan anda

0️⃣3️⃣Klik pada butang “hantar”

Selesai dan anda berjaya mengakses ke akaun HRMIS anda.

MyHRMIS Cuti

Aplikasi MyHRMIS Cuti adalah satu inovasi baharu yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA bagi membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih.

Video MyHRMIS Cuti

Fungsi MyHRMIS CUTI

✅Kelayakan Cuti

Sistem ini membolehkan penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahun pada tahun semasa.

✅ Mohon Cuti

Memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat.

✅ Sokong Cuti

Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti

✅ Lulus Cuti

Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti.

✅ Status Cuti

Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskan

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

MyHRMIS Profil

Aplikasi MyHRMIS merupakan inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS. Pengguna yang telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk aplikasi ini.

Video MyHRMIS Profil

Fungsi MyHRMIS Profil

✅ Maklumat Peribadi

Memaparkan maklumat peribadi dan alamat tetap pegawai.

✅ Maklumat Pendidikan

Memaparkan maklumat pendidikan pegawai.

✅ Maklumat Keluarga

Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan hanyalah item yang digunakan oleh eGL.

✅ Maklumat Anugerah

Memaparkan maklumat anugerah yang diterima oleh pegawai sepanjang perkhidmatan.

✅ Maklumat Sejarah Perkhidmatan

Memaparkan sejarah perkhidmatan pegawai.

✅ Maklumat Profil Perkhidmatan

Memaparkan profil perkhidmatan pegawai. 

✅ Maklumat Kursus

Memaparkan maklumat kursus yang dihadiri oleh pegawai pada 10 tahun yang terkini.

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

MyHRMIS Keluar Pejabat

Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat merupakan inovasi baharu Bahagian Pembangunan dan Pengursan Maklumat Strategik (BPMS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat dibangunkan adalah untuk membantu memudahkan pengurusan keluar pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas serta mematuhi Perintah AM 5 Bab G –Mematuhi Waktu Bekerja.

Video MyHRMIS Keluar Pejabat

Fungsi MyHRMIS Keluar Pejabat

✅ Permohonan

Memudahkan permohonan keluar pejabat dilakukan secara on-the-go

✅ Kelulusan

Memudahkan  pelulus mempertimbangkan dan melihat status kelulusan permohonan keluar pejabat

✅ Pemantauan

Fungsi Dash bord yang terdiri daripada 3 kategori – Dashboard Individu, Dashboard Pelulus dan Dashboard Pengurusan

✅ Laporan

Laporan pegawai tiada di pejabat dikategorikan kepada tiga (3) iaitu pegawai bercuti, pegawai tiada di pejabat ketika ini dan pegawai tiada di pejabat mengikut pilihan tarikh 

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

MyHRMIS EGL

Aplikasi MyHRMIS eGL merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual. Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS.

Video MyHRMIS EGL

Fungsi MyHRMIS EGL

✅ Maklumat Pegawai

Memaparkan maklumat peribadi, profil perkhidmatan, gaji pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

✅ Jana eGL

Membolehkan pegawai menjana eGL.

✅ Ahli Keluarga

Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.

✅ Direktori Hospital/Klinik

Memaparkan nama, nombor telefon dan alamat hospital/klinik Kerajaan.

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

MyHRMIS CARE

Aplikasi MyHRMIS Care ini merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam mendapatkan bantuan dan memberi cadangan penambahbaikan, menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang disediakan.

Video MyHRMIS CARE

Fungsi MyHRMIS CARE

✅ Pengumuman

Memaparkan pengumuman dan promosi terkini berkaitan aktiviti HRMIS.

✅ Aduan

Menyediakan ruang untuk menyalurkan permasalahan HRMIS yang dihadapi.

✅ Semakan Status Aduan

Menyediakan kemudahan untuk menyemak status aduan.

✅ Cadangan 

Menyediakan ruang untuk memberi cadangan atau penambahbaikan berkaitan HRMIS.

✅ Soalan Lazim 

Menyediakan soalan lazim bagi membantu memberikan maklumat tambahan yang diperlukan.

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

 MyHRMIS Self Check

plikasi MyHRMIS Self Check ini merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS.

Video MyHRMIS Self Check

Fungsi MyHRMIS Self Check

✅ Terdapat 5 menu utama yang merupakan kriteria KPI HRMIS berasaskan penjawat awam iaitu Pemurnian Data (data peribadi dan profil), Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Perisytiharan Harta dan Penamatan Perkhidmatan.

✅ Menu Pemurnian Data (Data Peribadi & Profil) terdapat 21 senarai elemen KPI

✅ Menu Status LNPT terdapat fungsi paparan Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk Pegawai Yang Dinilai dan paparan status untuk Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua (jika mempunyai peranan). 

✅ Menu Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terdapat fungsi paparan status SKT untuk Pegawai Yang Dinilai dan paparan Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang belum disahkan untuk Pegawai Penilai Pertama (jika mempunyai peranan).

✅ Menu Perisytiharan Harta terdapat maklumat harta yang masih dalam tempoh 5 tahun perisytiharan.

✅ Menu Penamatan Perkhidmatan terdapat maklumat dan status persaraan.

Bagi anda yang ingin memuat turun, anda boleh Muat Turun PERCUMA MyHRMIS CUTI di Apple Store dan Google Play Store di pautan berikut :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjur berkenaan HRMIS anda boleh hubungi atau rujuk ke :

📲  Laman web : https://www.eghrmis.gov.my/

📍 Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya Malaysia

☎️ + (603) 8321 1400

📠 + (603) 8324 2420

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “HRMIS 2.0 – Cara Login & Jenis-Jenis MyHrmis” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!