Honda Malaysia Telah Panggil Balik Sebanyak 702 Unit Civic Dan City Kerana Mempunyai Masalah Keselamatan


Untuk Makluman anda semua Syarikat Honda Malaysia yang telah membuat satu kenyataan bahawa mereka memanggil semula sebanyak 702 unit model keluarannya iaitu telah membabitkan kenderaan Honda City Hybrid bagi pengeluaran 2021 dan Honda Civic pengeluaran 2022, Ia adalah sebagai langkah-langkah keselamatan kepada pemilik tersebut. Dengan dalam satu kenyataan, ia telah menjelaskan bahawa isu keselamatan yang timbul disebabkan situasi di mana Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang sudah tidak aktif dan ia dibuat sebagai langkah untuk keselamatan bagi berjaga-jaga untuk menggantikan kamera yang dipasang pada bahagian cermin depan.

Disamping itu, Kamera berkemungkinan tidak berfungsi dengan betul dan akan menyebabkan ADAS tidak aktif semasa pemanduan. Bagi isu ini, sejumlah 630 unit model City Hybrid 2021 terjejas. Sebab lain panggilan ini dibuat adalah membabitkan kimpalan tidak lengkap dalam pelaras luncur tempat duduk pemandu. Panggilan ini untuk membetulkan titik kimpalan pada pelaras luncur.

Sumber: google image


Namun, ia juga boleh menyebabkan tempat duduk pemandu tidak dipasang pada kedudukannya semasa memandu dan boleh menjejaskan perlindungan tali pinggang keledar untuk pemandu. Sejumlah 72 unit Civic 2022 terbabit,” katanya. Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model pengeluaran serta jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam panggilan semula produk berkaitan. Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.

Syarikat Honda Malaysia percaya panggilan balik produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia.Honda Malaysia akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat untuk pelanggan. Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.Honda Malaysia turut menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima pemberitahuan bagi membolehkan kenderaan diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Sumber: google image


Syarikat Honda Malaysia telahmenggalakkan seluruh pelanggan mereka untuk memuat turun dan mengemas kini butiran mereka melalui aplikasi mudah alih, HondaTouch untuk pengesahan lanjut mengenai panggilan balik ini. Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan disebabkan panggilan semula ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Kepada Semua Pemilik kenderaan anda sebenarnya boleh mendapatkan maklumat ataupun menyemak status kenderaan anda mengenai panggilan semula produk berkenaan dengan cara iaitu menghubungi nombor bebas tol Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020 atau log masuk ke productrecall.honda.com.my




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3