HomeMade Jamu , Terbaik Untuk Buang Angin & Kempiskan Perut


Kesihatan adalah aspek utama dalam kehidupan kerana ianya mampu mempengaruhi urusan seharian. Badan yang sering sakit dan sengal dengan perut yang senak serta kembung yang berterusan adalah tanda yang menunjukkan angin banyak dalam badan.

Dan apabila sakit ini tidak dirawat dan disembuhkan dengan segera ianya akan menjejaskan kelancaran tubuh untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Bagi seorang wanita yang bekerjaya dan ibu rumahtangga yang sangat sibuk , perkara ini memerlukan wanita untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang waktu kerana mempunyai tanggungjawab yang besar buat keluarga dan anak – anak.

HomeMade Jamu , Terbaik Untuk Buang Angin & Kempiskan Perut 2

Untuk mengatasi masalah angin yang dihadapi,  wanita harus lebih cenderung untuk mengamalkan pengambilan jamu secara rutin yang mana ianya sudah diamalkan sejak dahulu lagi.

Banyak manfaat dan kebaikan yang akan dirasai jika mengamalkan jamu sebagai makanan tambahan bagi wanita agar tubuh lebih sihat dan keslihatan lebih segar .

Zaman yang serba moden kini sudah jarang memperolehi jamu buatan sendiri seperti dahulu , kini semuanya di hujung jari namun ada juga yang tidak diyakin kebersihan dan juga kesannya kepada tubuh badan.

HomeMade Jamu , Terbaik Untuk Buang Angin & Kempiskan Perut 3

Terdapat resipi untuk penyediakan jamu bagi mengurangkan angin dalam badan malah mampu mengempiskan perut. Ini bahan- bahan dan cara penyediaan:

Bahan-Bahan:

3cm halia

3 sudu besar halba

15 biji lada hitam

3 ulas bawang putih

Cara penyediaan :

1) Tumbuk halba dengan lebung batu sehingga lumat.

2) Kemudian masukkan halia , bawang putih dan tumbuk lagi.

3) Akhir sekali masukkan lada hitam dan ditumbuk hingga semuanya lumat.

4) Kemudian bulat-bulatkan semua bahan tersebut dan keringkan.

5) Simpan di dalam bekas bertutup.

Cara Pengambilan :

Makan 2 biji – 4 biji setiap hari berdasarkan ketahanan / keperluan badan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3