Hetty Koes Endang Mohon Maaf Jika Ada Yang Terasa


Hetty Koes Endang yang merupakan seorang penyanyi lagenda dari Indonesia dan sering menjadi juri jemputan untuk program Gegar Vaganza dan pda tahun ini masih menjadi juri tetap bagi program tersebut.

Setelah tamat program Gegar Vaganza ahad lalu , Hetty tampil memohon maaf seandainya ada pihak atau peserta yang tersinggung dengan komennya yang terlalu berbisa semasa program itu diljalamkan.

Hetty atau lebih mesra disapa sebagai Bunda berkata, dia perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab yang dibawanya bukan mudah dan ia dilakukan kerana rasa sayang yang mendalam pada program tersebut dan cinta pada negara ini.

Tambahnya lagi, dia sedar dirinya bukanlah seorang guru dalam bidang muzik namun fokusnya adalah dalam memberikan perkongsian pengalamannya dalam bidang seni setelah 50 tahun melibatkan diri dalam bidang industri seni .

“Maaf kalau ada yang tersinggung selama saya mengendalikan tugas sebagai juri di program GV. Saya buat semua ini semua demi Astro, GV, dan juga Malaysia”.

Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Berdiri Bulu Romaku itu lagi, dia seorang yang teliti malah berterus terang dalam mengutarakan pendapatnya sendiri  dan  mungkin dari situ terdapat ramai yang tidak senang dengan komen-komen yang diberikan olehnya dan juri-juri lain juga.

Menurut pendapat Hetty juga , beliau yang bertindak sebagai juri adalah memberikan komen berdasarkan persembahan yang diberikan oleh para peserta dan sebagai peserta, mereka harus dengar apakah keinginan juri, bukan keinginan netizen kerana yang menilai adalah juri.

Malah Hetty juga menjelasakan bahawa dirinya tidak berniat untuk menghentam atau merendahkan kebolehan peserta tetapi yakin dalam bidang seni suara, identiti adalah keutamaan dan kunci kepada kejayaan seseorang artis selain bakat yang dimiliki.


Terdahulu , Dato Hattan mengkritik sikap Hetty yang kerap menegur dan megajar para peserta ketika berada di atas pentas . Hetty juga sering mendapat kecaman kerana sering meminta peserta untuk mengulang nyanyian selepas selesai membuat persembahan.

Disclaimers – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “Hetty Koes Endang Mohon Maaf Jika Ada Yang Terasa” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia