Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Hentikan Langganan Astro Untuk Jimat – Mudah!

by portalmalaysia
February 24, 2022
in Techcentral
A A

Semakin lama, bil Astro makin mahal dan melambung. Belum lagi caj untuk saluran sukan. Sekarang, rasa nak tamatkan perkhidmatan Astro. Ada yang kata jika anda tidak menamatkan perkhidmatan Astro dengan cara yang betul, bil masih akan dihantar walaupun anda telah berhenti melanggan akaun Astro Malaysia. Ha macam mana tu?

Berikut adalah cara-cara untuk tamatkan perkhidmatan Astro dengan mudah. Baca sampai bawah.

Baca Juga : Cara Tukar Astro Kepada NJOI (Percuma)

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Senarai Kandungan

  • Cara Henti Langganan Astro
    • Kaedah Pertama: Tamatkan Melalui Panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan
    • Kaedah Kedua: Tamatkan ASTRO Melalui E-mel
  • Maklumat lanjut

Cara Henti Langganan Astro

Lihat Juga  Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2021

Terdapat 2 Cara untuk Menamatkan Perkhidmatan Astro:

Kaedah Pertama: Tamatkan Melalui Panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan


Cara terpantas dan termudah ialah membuat panggilan anda sendiri ke Pusat Khidmat Pelanggan dan bercakap dengan pengendali yang bertugas.

1. Dail nombor ini 03-9543-3838

2. Selepas berjaya bercakap dengan pengendali, sila ikuti langkah berikut:

Klik di pautan berikut untuk tahu cara semak nombor akaun Astro anda.

  • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
  • Semak baki pembayaran bil ASTRO anda
  • Dapatkan tarikh pengebilan ASTRO seterusnya
  • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
  • Bayar baki bil anda (jika ada)
Lihat Juga  Biodata Ringkas Tan Sri Muhyiddin Yassin - PM8

3. Maklumkan pengendali niat anda untuk menamatkan langganan akaun

4. Selepas itu tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan

5. Jika selepas 24 jam akaun anda tidak ditamatkan, sila hubungi ASTRO sekali lagi untuk menyemak status

Kaedah Kedua: Tamatkan ASTRO Melalui E-mel


Penamatan langganan Astro juga boleh dibuat melalui e-mel. Anda tidak perlu risau kerana ianya sangat mudah tetapi mestilah kemas dan profesional. Sebelum menghantar e-mel, pastikan semua butiran penting seperti berikut ada dalam kandungan e-mel:

1. Alamat e-mel: [email protected]

Lihat Juga  Resepi Kuih Bakar Paling Sedap

2. Subjek e-mel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO

3. Nyatakan tujuan e-mel itu dihantar:

“Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah bahawa saya berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO ”

4. Sertakan butiran akaun ASTRO anda :

  • Nama pemegang akaun
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor akaun ASTRO
  • Alamat
  • No telefon

5. Tamatkan e-mel dengan menyatakan bahawa ASTRO boleh menamatkan kontrak ini serta-merta

Maklumat lanjut


Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penamatan ASTRO, sila lawati halaman FAQ ASTRO.

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 513shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 513shares
  • 382
  • 94
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×