Heliza Helmi Selamat Melangsungkan Pernikahan Dengan Seorang Jutawan Hari Ini.


Penyanyi dan pelakon tanah air yang terkenal dengan penglibatannya dalam kerja-kerja amal dan kemanusian di serata pelusuk dunia iaitu Heliza Helmi dikhabarkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya seorang usahawan yang juga dipercayai  jutawan bergelar  Dato` Seri Mahadi BZ, Presiden AUF BMZ.

Perkhabaran ini telah tular apabila terdapat gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan beliau di media sosial termasuklah jurugambar terkenal, Aqoimran dan pendakwah terkemuka tanah air, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.

Pernikahan itu disebarkan oleh seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya dan Fb, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut dengan caption yang mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut.


“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar.

Semua media nampaknya sedang mendapatkan maklumat sah tentang majlis tersebut kerana belum mendapat maklumbalas daripada pasangan tersebut.

Setelah menjengah ke ruangan komen pada perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut mendoakan kedua-dua pasangan itu bahagia dunia akhirat malah ramai yang berasa gembira kerana Heliza menemui pasangan yang sehati sejiwa sepertinya yang sangat banyak membantu dan terlibat dalam misi bantuan. Semoga Heliza mempunyai teman yang boleh menemaninya semasa melakukan misi bantuan di serata dunia .

Melalui perkongsian yang dibuat, Heliza Helmi dan pasangan tampil bergaya mengenakan busana bewarna putih sama rona dengan pasananya itu dan majlis berkenaan dipercayai diadakan secara ringkas di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat handai sahaja.

Selamat pengantin baharu diucapkan kepada kedua-dua mempelai dan didoakan kebahagian berkekalan di dunia dan sehingga ke akhirat.

Terdahulu , Heliza berkongsi masih belum menemui teman hidup dan masih sibuk dengan misi kemanusian namun jodoh datang begitu sahaja setelah lama berseorangan , benar kata pepatah kalau dah jodoh tak kemana.

 

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Heliza Helmi Selamat Melangsungkan Pernikahan Dengan Seorang Jutawan Hari Ini.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia