Pernah menjadi vokalis kepada kumpulan popular Raihan, Nazrey telah mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu selepas memikirkan dirinya bukanlah seorang yang sukakan populariti seperti golongan artis masakini.
Malah Nazrey juga berkongsi mengenai keputusannya ketika meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2006 menerusi satu temu bual yang dimuat naik di media sosial.
Dia menyatakan bahawa dirinya tidak pernah merasa bangga diri dengan pencapaian mereka meskipun kumpulan itu sudah terkenal di seluruh dunia sehingga menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
NAzrey juga mengakui dirinya sering berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan nasyid itu secara baik tanpa sebarang permusuhan dengan ahli lain.
Nazrey atau nama sebenar Nazrey Johani Abdullah, 50 mengakui sepanjang dirinya bersama kumpulan itu hatinya tidak tenang kerana menjadi perhatian ramai.
“Selama saya dengan Raihan, saya tidak pernah senang hati.”Walaupun pergi (kerja) ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya berfikir tentang kerja sahaja,” ceritanya.
“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik.”Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tidak mahu populariti itu.”
“Hati saya tidak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan,” katanya.
Namun selepas 14 tahun bersama dengan kumpulan Raihan, akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah apabila dia nekad meninggalkan kumpulan itu untuk menjalankan kerja dakwah secara individu.
“Pada tahun 2006, saya menerima panggilan daripada seorang kawan di Sabah.”Dia memanggil untuk saya pulang berdakwah di kampung kerana hanya beberapa orang jemaah yang solat di masjid.Katanya jika saya datang berdakwah ke sana, ia dapat menarik lebih ramai umat Islam solat berjemaah di masjid.” jelasnya.
Dakwah
“Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata… Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tetapi ingat kena yakin dengan rezekiku.
“Sewaktu itu saya merasakan seperti perlu meninggalkan Raihan dan melakukan kerja-kerja dakwah. Saya sempat meminta izin ibu untuk keluar dari Raihan dan Alhamdulillah direstui,” katanya.
BACA INI : Bimbang Keadaan Jadi Lebih Teruk , Almy Nadia Perlu Jalani Pembedahan Segera
Setelah keputusan itu disuarakan bagi pihaknya , Nazrey mengakui keputusan yang dibuat itu seperti mengundang kemarahan ahli kumpulan yang lain namun dia reda menerima apa jua reaksi semua rakannya itu demi keputusan yang telah dibuat.
“Ketika saya mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah!Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,” ujarnya.
Seperti yang dikhabarkan , kumpulan Raihan bakal mengadakan konsert namun tidak akan menjemput Nazrey sebagai vokalis jemputan mereka dan ini mendapat kritikan daripda peminat yang mahukan Nazrey bersama kumpulan tersebut dalam konsert itu.