Harry Maguire Tahu Punca Dikritik!


Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire mengakui status kapten yang dipegangnya itu membuatkan orang ramai suka untuk bercakap mengenainya.


Harry Maguire Tahu Punca Dikritik! 1

Sejak menyertai United dari Leicester City, Maguire tidak lekang daripada menjadi sebutan penyokong kelab itu khasnya dan bola sepak amnya mengenai pelbagai perkara terutamanya prestasinya ketika bermain.

Malah sehingga ke hari ini, beliau masih lagi menerima pelbagai kecaman. Akan tetapi, beliau berasakan ia kerana statusnya sebagai ketua pasukan United.

Sila Baca Disini : Liridon Krasniqi Kecewa Dengan Peminat!


Harry Maguire Tahu Punca Dikritik!

“Saya adalah ketua pasukan Manchester United, ianya pasti akan menjadi berita yang hangat. Saya tak peduli tentang apa yang orang cakap mengenai saya.”

Harry Maguire Tahu Punca Dikritik! 2

Maguire berkata yang beliau sentiasa menjadi sasaran kerana itu yang boleh membuatkan pelbagai portal berita menjadi laku apabila lebih ramai orang membaca berita mengenainya.

“Jadi sebab itulah mereka melakukannya, mereka melakukannya demi klik dan perkara sewaktu dengannya.


“Saya main untuk England ketika Euro 2020 selepas mengalami kecederaan selama lapan minggu dan tidak bermain satu perlawanan pun sebelum kejohanan dan masih mampu menjadi skuad terbaik pertandingan,” kata Maguire.

Maguire kini tidak lagi menjadi pilihan di United selepas Erik ten Hag lebih mengutamakan Lisandro Martinez dan juga Raphael Varane.

Harry Maguire Tahu Punca Dikritik! 3

Wujud kegusaran yang pemain itu akan menjadi ‘berkarat’ dan tidak mampu untuk memberikan yang terbaik seperti yang dilakukannya ketika era Ole Gunnar Solskjaer.


“Jelas sekali, pengurus memilih untuk meninggalkan saya dan pasukan mula memenangi perlawanan sejak itu.

“Saya bekerja keras di padang latihan untuk memastikan diri saya bersedia apabila peluang tiba. Itu adalah perkara yang boleh saya lakukan untuk membantu pasukan.

“Dari segi kekaratan dan perkara sebegitu, saya pasti ianya tidak akan berlaku,” ujar Maguire lagi.


Maguire beraksi bersama-sama England ketika mereka tewas 1-0 ditangan Itali dan seri 3-3 ketika bertemu Jerman pada aksi UEFA Nations League.

Dengan kekalahan itu, England jatuh ke League B selepas menduduki tangga terakhir League A.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3