Harry Kane Idam Piala Dunia!


Harry Kane percaya England tidak lagi gentar untuk mengakui bahawa mereka mampu memenangi Piala Dunia sambil berpendapat prestasi buruk The Three Lions bakal memihak mereka.

Harry Kane Idam Piala Dunia! 1
Skuad kendalian Gareth Southgate itu mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 untuk England menyerlah di peringkat antarabangsa dalam tempoh 55 tahun.


Tetapi mereka menuju ke Qatar untuk Piala Dunia 2022 dengan prestasi kurang meyakinkan selepas tersingkir daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara UEFA (UNL) berikutan tiga seri dan tiga kekalahan dalam Kumpulan A3.

Sila Baca Disini : JDT Bernasib Baik Raih Kemenangan!

Harry Kane Idam Piala Dunia!

Pasukan Southgate belum menang sejak membenam Ivory Coast 3-0 dalam aksi pemanas badan pada Mac, tetapi kapten Kane berkata impian The Three Lions untuk menjulang Piala Dunia tetap tidak pudar.


“Kami harus percaya kami boleh memenanginya,” kata penyerang Tottenham itu kepada Sky Sports.

Harry Kane Idam Piala Dunia! 2

“Saya melihat kembali England 10, 15 tahun lalu dan kami seperti takut untuk mengatakan bahawa kami mahu memenanginya.

“Saya rasa ia salah satu perubahan besar yang kami lakukan sejak empat atau lima tahun lalu bersama Gareth dan kami tidak takut untuk mengatakannya.


“Lihat, kami akan menyertai ke kejohanan ini untuk memenanginya kerana kami percaya kami mampu. Adalah silap untuk berfikir sebaliknya. Apa gunanya pergi ke Piala Dunia dan tidak percaya bahawa anda boleh membawa pulang trofi itu?

“Ia akan menjadi sukar dan kami perlu bekerja keras, bertuah dan banyak perkara yang perlu dilakukan demi mencapainya.

“Tetapi saya fikir adalah penting untuk tidak gentar mengatakan bahawa itulah yang kami akan lakukan.”


Tekanan ke atas Southgate memuncak selepas persembahan suram dalam kempen UNL , namun Kane berkata rentak tanpa kemenangan itu telah mengurangkan jangkaan terhadap mereka dan ia mungkin membantu England dalam aksi pembukaan menentang Iran pada Selasa depan.

Harry Kane Idam Piala Dunia! 3
“Perlawanan pertama pastinya sangat penting,” tambahnya, “Sudah tentu ia bukanlah tempoh yang terbaik buat England selepas sekian yang lama. Sejak Gareth mengambil alih tugas ini kami tidak pernah memungut keputusan buruk sebegini.

“Tetapi dalam masa sama, tetapi ia boleh menjadi bekalan terbaik sebelum kejohanan besar kerana ia membolehkan anda agar tidak terbawa-bawa, malah media mahupun akhbar.


“Saya rasa jika kami memenangi setiap perlawanan menjelang kejohanan ini, ia akan bertukar kepada ‘Kami jamin untuk memenanginya’ atau ‘Kami akan memenanginya’, dan ia boleh hadir melalui tekanan yang berbeza.

“Kami mahu diadili menerusi kejohanan utama dan dua perlawanan terakhir kami menunjukkan peningkatan.”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3