Harris Annuar Dan Asha Merican Kini Sah Sebagai Suami Isteri


Pelakon yang juga anak kepada pengasas produk terkenal iaitu Harris Annuar semalam telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya , pelakon dan model, Asha Merican pada jam 4 petang di Magica Hall, Kuala Lumpur.

Pasangan ini rupanya sudah lama menjalin kasih asmara sejak 4 tahun lalu dan dirahsiakan daripada umum sehingga hari ini semuanya terbongkar dan Haris sudah berkongsi moment bahagia bersama isterinya itu di media sosial miliknya.

Pelakon yang terkenal dengan imej kepala botaknya mengakui sengaja menyembunyikan hubungan mereka dan hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkara tesebut.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha. Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiakan hubungan ini.


“Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar. Hanya keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu.

“Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga Asha untuk merisik,”katanya lagi.

Di hari pernikahannya itu , Harris telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya Asha beserta lima dulang hantaran manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis pernikahan yang meriah itu telah disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan beserta rakan selebriti yang terdekat dengan pasangan ini .

Berbicara tentang gadis pilihannya itu , Harris mengakui yang Asha memiliki keperibadian yang hampir sama dengan ibunya yang cukup terkenal dengan budi bahasa dan bicara yang cukup santun iaitu Zaiton Hassan .

“Asha memiliki sisi yang menghiburkan berbanding saya yang pendiam. Jadi bila ada isteri yang ceria dan periang saya rasa seronok”.

“Rasanya ramai juga yang tahu saya seorang yang agak sensitif dan mudah menangis. Orang kata suka layan perasaan”.

“Jadi, bila ada Asha dalam hidup sekurang-kurangnya dapat menjadi penyeri selain dia memiliki perangai yang lebih kurang sama dengan mummy,” jelasnya lagi.

Harris juga berkongsi bahawa mereka bakal mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada malam ini dan majlis akan berlangsung meriah atas kehadiaran rakan influencer dan juga artis.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Harris Annuar Dan Asha Merican Kini Sah Sebagai Suami Isteri” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia