Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM .


Nama Harith Iskandar sekali lagi menjadi perbualan masyarakat disaat negara berdepan situasi genting apabila dilanda banjir apabila dalam hantaran perkongsian akaun miliknya ,yang mana  ada menyebut tentang ketidakhadiran pasukan ATM di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir seperti Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.


Namun telah tampil secara rasmi untuk memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai kenyataannya itu, Harith berkata status dimuat naiknya itu kurang jelas.

Dia yang telah memohon maaf sekiranya tweetnya telah menyinggung perasaan ramai orang dan juga sempat menjelaskan bahawa dia berada di ‘ground zero’ dengan bot sendiri serta sempat menyelamatkan 12 orang yang terperangkap.

Mengakui juga bahawa pasukan bomba, polis, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ada pada ketika itu. Dan hanya bertanyakan tentang pasukan ATM kerana pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan untuk kerja menyelamat.

Jelas Harith lagi, ketika itu dia hanya bertanyakan mengenai fungsi anggota ATM kerana pada ketika itu bilangan pasukan keselamatan membantu mangsa banjir masih kurang dan masih ramai mangsa yang terperangkap dalam banjir.

Dia yang melihat semula apa yang telah di luahkan ketika itu mungkin kurang jelas sehingga menimbulkan salah faham. Apa yang dimaksudkannya ialah dia tidak nampak anggota tentera pada waktu itu apabila dia hanya sempat turun padang di empat lokasi saja.

Malah penduduk dan anggota bomba yang ditmui di tempat kejadian juga mengesahkan kepada pihaknya bahawa ATM belum sampai lagi pada ketika itu. “Saya tidak sekali pun bertanya kenapa ATM tidak terbabit langsung atau pun berkata mereka tidak bertugas langsung”,katanya.

Sebenarnya semua pasukan sedang berusaha menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan membantu semua mangsa yang terlibat dalam bencana kali ini cuma kali inji terdapat banyak kawasan yang memerlukan bantuan dan pasukan tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja malaha ada di semua tempat untuk mye;amatkan mangsa yang terlibat.

Berkongsi pengalaman bahwa pernah bersama ATM ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini malah sudah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi sumbangan dan juga membantu mangsa banjir di Kelantan pada tahun lalu.

Harith mengajui dan menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat mengutuk ATM apatah lagi Allahyarham bapanya, Kolonel Musa Mohamed juga adalah salah seorang anggota ATM terhormat.

Dia yang juga dibesarkan di Mindef (Kementerian Pertahanan) dan sememangnya menghormati pasukan berkenaan dan sememangnya tidak berniat untuk mengutuk ATM .

Negara sedang dilanda banjir dan semoga semuanya bersatu hati dalam membantu agar semuanya kembali seperti sediakala dan boleh kembali seperti biasa. Hanya membantu selagi mampu dan janganlah mengata antara satu sama lain .

Penafian – Bahan artikel kami share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM .” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia