Harimau Malaya Berjersi Baharu!


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin menyifatkan jersi baharu Harimau Malaya (HOME) kali ini unik dan membawa maksudnya yang tersendiri walaupun dinilai oleh peminat bola sepak negara sebagai terlalu ringkas.

Harimau Malaya Berjersi Baharu! 1
Nike semalam telah lancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya (Malaysia) bagi tahun 2022/2024 di Football Republic, Sunway Piramid yang bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ iaitu semangat juang bermain untuk negara mengatasi segalanya.

Jersi utama atau jersi home kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar bulatnya berwarna hitam manakala jersi kedua atau jersi ‘away’ juga terus dikekalkan warna hitam sebagai warna dominan.


Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Bola Sepak Terkadang Tidak Adil!

Harimau Malaya Berjersi Baharu!

“Kalau jersi ‘home’ kita sebelum ini berkolar dan mempunyai sedikit warna hitam di lengan dan bahagian sisi, jersi ‘home’ kali ini tampil lebih unik sebenarnya apabila keseluruhan jersi berwarna kuning dan hanya di bahagian kolar bulatnya sahaja berwarna hitam.

Harimau Malaya Berjersi Baharu! 2
“Inilah sebenarnya naratif yang cuba disampaikan iaitu segala fokus pada jersi ‘home’ kali ini bukan kepada corak atau reka bentuknya tetapi tertumpu kepada sifat eksklusif logo FAM itu sendiri untuk membawa mesej mereka (pemain) bermain ‘Demi Lencana Di Dada’.


“Bagi jersi ‘away’ pula, sama seperti edisi 2020-2022 apabila warna hitam sebagai warna dominan mula diperkenalkan, ia dikekalkan sebagai warna jersi ‘away’ kali ini kerana kita mahu warna tradisi hitam dan kuning sentiasa ada biarpun pada jersi kedua.

“Semoga dengan jersi baharu ini, ia akan memberikan semangat baharu kepada para pemain Harimau Malaya apabila mereka beraksi di pentas Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 pada Disember ini, seterusnya pada Piala Asia 2023 di Qatar dan juga perlawanan-perlawanan antarabangsa lain, termasuk juga untuk pasukan-pasukan kebangsaan yang lain iaitu pasukan wanita, remaja, futsal dan juga bola sepak pantai.

“Terima kasih kepada Nike yang tetap setia bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 15 tahun ini (sejak 2007) yang mana sudah tentu jersi edisi 2022-2024 ini akan tinggi nilainya kerana ia bakal ‘beraksi’ di pentas Piala Asia 2023,” ujar Datuk Haji Hamidin.


Jersi baharu edisi 2022-2024 ini akan mula diguna pakai apabila skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon turun pada dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember 2022, seterusnya pada aksi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Harimau Malaya Berjersi Baharu! 3
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara dan India, Chris Madsen pula berkata:

“Nike amat berbesar hati kerana dapat terus bersama FAM dan Harimau Malaya yang mana ini merupakan jersi edisi kesembilan Nike bersama pasukan kebangsaan Malaysia bermula dari tahun 2007.


“Jika diimbas semula, jersi pertama Nike untuk pasukan kebangsaan Malaysia diguna pakai ketika Piala Asia 2007 dan untuk jersi edisi kesembilan ini, sudah tentu ia akan sekali lagi menjadi sesuatu yang istimewa kerana akan dipakai skuad Harimau Malaya pada Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

“Bagi jersi edisi 2022-2024 ini, kita mengekalkan penggunaan dua warna simbolik Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning pada kedua-dua jersi ‘home’ dan ‘away’ kerana hitam kuning ini bukanlah hitam kuning yang biasa. Ia adalah warna kepada jiwa untuk pahlawan-pahlawan Harimau Malaya.”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3