- 0shares
- Telegram
- Facebook Messenger
Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam semalam.
Baca juga:
- Pemilik Kelantan FC Bantah Cadangan Robohkan Stadium Shah Alam
- Sebiji Burger Ayam Special Tepi Jalan Di Kepong Berharga RM11.50
Ucapan Penyampaian Tarikh Hari Raya Aidiladha:
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat 1 Julai 2022 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masihi. Sekian,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.
Sumber: UTUSAN