Harga Terkini Toyota Corolla Cross 2022 Malaysia
Melihatkan identiti, kereta Toyota Cross apabila dilihat daripada segi luarannya macam tidak berkongsi platform. Hakikatnya Toyota meletakkan posisi kereta ini di antara CHR dengan RAV4. Model cross toyota sama sekali tidak bersaing dengan HRV, ia juga sama sekali tidak bersaing dengan CRV. Tidak.
Ini adalah contoh dan senarai harga toyota Corolla Cross 2022 di Malaysia termasuk di Sabah Sarawak Labuan Langkawi Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Penang Selangor Kuala Lumpur KL Negeri Sembilan Perak Perlis kedah Terengganu Johor dan Kelantan.
Sumber: youtube Toyota
Harga Corolla Cross Bayaran Bulanan (10 % Downpayment)
(i) Varian Toyota Cross Hybrid Malaysia ELECTRIC
TAHUN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2414.83 | 2457.94 | 2458.82 | 2242.50 | 2269.75 |
7 | 1814.87 | 1847.27 | 1847.93 | 1685.36 | 1705.84 |
9 | 1481.56 | 1508.01 | 1508.55 | 1375.83 | 1392.55 |
(ii) Varian CROSS 1.8V A / T
TAHUN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2318.9 | 2362.01 | 2362.87 | 1966.5 | 1993.75 |
7 | 1742.77 | 1775.18 | 1775.82 | 1477.93 | 1498.41 |
9 | 1422.71 | 1449.16 | 1449.69 | 1206.50 | 1223.22 |
(iii) Varian HARGA TOYOTA CROSS 1.8G A / T
TAHUN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2213.23 | 2256.34 | 2257.21 | 1863.00 | 1890.25 |
7 | 1663.36 | 1695.76 | 1696.41 | 1400.14 | 1420.62 |
9 | 1357.88 | 1384.33 | 1384.86 | 1143.00 | 1159.72 |
Harga Toyota Corolla Cross Bayaran Bulanan (Tiada Deposit)
(i) Varian COROLLA CROSS HYBRID ELECTRIC
TAHUN | SEMENJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2491.49 | 2539.40 | 2540.36 | 2300.00 | 2330.28 |
7 | 1872.49 | 1908.49 | 1909.21 | 1728.57 | 1751.33 |
9 | 1528.60 | 1557.99 | 1558.58 | 1411.11 | 1429.69 |
(ii) Varian COROLLA CROSS 1.8V A / T
TAHUN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2384.89 | 2432.79 | 2433.75 | 1993.33 | 2023.61 |
7 | 1792.37 | 1828.37 | 1829.09 | 1498.10 | 1520.85 |
9 | 1463.19 | 1492.58 | 1493.17 | 1222.96 | 1241.54 |
(iii) Varian COROLLA CROSS 1.8G A / T
TAHUN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) | LANGKAWI (RM) | LABUAN (RM) |
---|---|---|---|---|---|
5 | 2267.47 | 2315.38 | 2316.34 | 1878.33 | 1908.61 |
7 | 1704.13 | 1740.13 | 1740.85 | 1411.67 | 1434.42 |
9 | 1391.16 | 1420.55 | 1421.13 | 1152.41 | 1170.98 |
Sumber: Toyota Corolla Cross
Rekaan Luaran Yang Moden Dan Gagah
Dengan reka bentuk grill hadapan yang direka lebih tebal berbentuk trapezius berganda menjadikan bahagian hadapan Cross kelihatan moden dan gagah. Ini ditambah lagi dengan rekabentuk lampu LED yang tipis yang seakan-akan menatap focus ke arah perjalanan.
Lampu kabus yang tersimpan rapi pada bumper memberikan visibiliti yang selesa dan aman ketika memandu. Selain daripada rekaan tubuh kereta itu sendiri, rim 18 inci rekaan terbaru dengan kombinasi warna kelabu gelap dan krom memberikan kesan yang lebih moden seterusnya meningkatkan keyakinan dan kemegahan pemanduan kepada pengguna.
Ruang Dalaman Yang Elegan
Gabungan warna krom perak dan hitam pada setiap perincian dalaman memberikan kesan yang begitu elegan pada bahagian dalaman Corolla Cross. Dengan ukuran kabinnya juga cukup lumayan luas dengan rekaan yang mengambil kira keselesaan penumpang semasa mereka duduk.
Ciri-ciri yang lain seperti multi-purpose head unit yang berukuran 9 inci dan dilengkapi dengan ciri arahan suara, padanan skrin, NFC, Bluetooth dan siaran radio memberikan pengalaman pemanduan yang nyaman kepada pemandu. Sistem penyaman udara dua zon yang lengkap dengan fungsi automatik menambahkan keselesaan pemandu dan juga penumpang.
Ciri-ciri Keselamatan Yang Lengkap
Kereta Toyota Corolla 2022 dilengkapi dengan ciri keselamatan berkteknologi tinggi.
- 7 beg udara menyediakan keselamatan yang lengkap kepada pemandu dan penumpang.
- Kamera panorama 3D membantu pemandu menyusur di ruang yang sempit
- Sistem pemantauan titik buta mengesan sekiranya terdapat kenderaan berhampiran yang anda tidak dapat lihat
- 6 pengesan membantu anda meletakkan kenderaan dengan sempurna dan selamat.
- Ciri isyarat brek kecemasan (EBS) akan memberi isyarat sekiranya anda terlalu hampir dengan kenderaan lain agar tidak berlaku kemalangan.
- Sementara itu, ciri Hill-Start Assist Control (HAC), memastikan kenderaan anda tidak mengundur semasa memulakan pemanduan menaiki bukit.
- Ciri kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan kawalan daya tarikan (TRC) pula menghindar daripada tergelincir semasa menulusuri jalan yang berselekoh dan mengawal putaran dan sentuhan tayar dengan membrek atau memperlahankan enjin.
Prestasi Yang Mantap
Dengan enjin 4 silinder DOHC dengan dual VVT-I dan kapasiti 1.8 cc, Toyota Corolla Cross mampu menghasilkan kuasa maksimum 140 PS dan tork sehingga 172 Nm. Sistem bahan bakar Electronic Fuel Injection (EFI) pula menjadikan penggunaan minyak lebih jimat.
Pemanduan Selesa
Dikatakan tempat duduk hadapan Corolla Cross adalah lebih selesa berbanding Mercedes-Bnez GLC yang pastinya memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. Maklumbalas daripada pelanggan yang telah memandu uji kereta ini juga mengatakan kehingaran dalam ruangan kabin juga berada pada tahap yang selesa.
Kendalian Pemanduan Yang Baik
Platform Toyota New Global Architecture (TNGA) direka untuk mengoptimumkan kestabilan, ketangkasan dan keterlihatan bagi memastikan anda mengalami pengalaman pemnaduan yang menyeronokkan. Platform TNGA memberikan pengalaman pengendalian yang terbaik di mana tidak berlaku kelewatan di antara input stereng dengan laluan sebenar. Keadaan ini mengurangkan masalah mabuk kenderaan kerana badan pemandu bergerak selari dengan pergerakan kereta.