Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia

Xiaomi telah mengumumkan siri terbaru mereka dalam peranti kelas pertengahan iaitu siri Redmi Note 10. Seperti siri-siri Redmi Note yang sebelum ini, ia membawakan lebih dari satu model.

Siri Redmi Note 10, terdapat dua model iaitu Redmi Note 10 & Redmi Note 10 Pro untuk pasaran Malaysia.

Redmi Note 10 Pro


Redmi Note 10 Pro ini dilengkapi dengan skrin AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi Full HD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan 240Hz.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 1

Dari segi prestasi pula, cipnya memproses Snapdragon 732G yang berasaskan teknologi 8nm. Memorinya pula dimuatkan dengan RAM sehingga 8GB (LPDDR4X) serta pilihan storan sehingga 128GB berasaskan UFS2.2.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 2

Jom ke bahagian panel belakang, ia menampilkan tetapan empat kamera yang terdiri daripada 108MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP telemakro & 2MP depth.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 3

Hebatnya peranti ini kerana mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5. Sementara itu, ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5020mAh bersama pengecasan sepantas 33W.

Antara kelebihan lain adalah sokongan HDR10, NFC, IR Blaster, sensor pengimbas cap jari di bahagian sisi & imbasan wajah, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo. Peranti ini menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 11.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 4

Bagi Redmi Note 10 Pro pula terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Onyx Gray, Glacier Blue & Gradient Bronze.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 5

Redmi Note 10


Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 6

Redmi Note 10 merupakan model dengan spesifikasi yang sedikit lebih rendah berbanding Redmi Note 10 Pro. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang di bahagian tengah pula memuatkan kamera swafoto 13MP.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 678 dengan gandingan RAM (LPDRR4X) 6GB dan storan 128GB yang berasaskan UFS 2.2.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 7

Terdapat empat lensa yang ditampilkan pada model ini, di mana ia terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Redmi Note 10 mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W melalui USB-C. Ia juga didatangkan dengan perlindungan Gorilla Glass 3, IR Blaster, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo.

Harga Redmi Note 10 Pasaran Malaysia 8

Sama seperti Redmi Note 10 Pro, ia juga mempunyai sokongan pengesahan cap jari pada butang kuasa serta sensor imbasan wajah Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Onyx Gray, Pebble White dan juga Lake Green.

Harga Jualan


Berikut merupakan harga yang ditawarkan untuk Redmi Note 10 & Redmi Note 10 Pro.

Redmi Note 10


  • 6GB+128GB = RM799

Redmi Note 10 Pro


  • 6GB+128GB = RM999
  • 8GB+128GB = RM1,099

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3