Harga Proton Persona 2022 Baharu
Harga kereta Proton Persona 2022 baru : King Baru Segmen B. Apa yang membuatkan model kereta ini cukup laris sehingga terpaksa menunggu giliran sebegitu lama? Apa yang ‘HOT’ sangat kereta ini sampai semua orang berebut nak beli kereta ini?
Promosi Diskaun Harga Persona Baru 2022
VARIAN | HARGA LAMA | HARGA BARU | DISKAUN |
---|---|---|---|
Harga proton Persona Standard MT | RM42,100 | RM500 | |
Standard CVT | RM44,000 | RM600 | |
Executive CVT | RM48,900 | RM700 | |
Harga Proton Persona baru Premium CVT | RM53,700 | RM900 |
Bayaran Bulanan Proton Persona 2022
Contoh ini adalah untuk yang buat tempahan dengan wang pendahuluan / deposit / bayaran muka kereta Persona sebanyak 10 peratus.
PERKARA | PEMBAYARAN SEBULAN |
---|---|
Standard MT | RM470 sebulan |
Standard CVT | RM491 sebulan |
Executive CVT | RM546 sebulan |
Premium CVT | RM599 sebulan |
Sumber: youtube
Fakta Tentang Proton Persona 2022
- Tatkala kami masuk dan cukup menutup pintu. Terperanjat kami. Proton sudah banyak berubah. Terasa solid apabila menutup pintu kereta ini. Tidak seperti cakap-cakap bunyi seperti tin milo seperti versi sebelum ini.
- Buat pertama kalinya pada tahun ini, model kereta proton persona ini berjaya memotong jumlah jualan Toyota Vios. Dan juga berjaya potong juga “KING” segmen B iaitu Honda City. Hebat….
- Jikalau tengok di bahagian depan, apa berubah adalah dia punya grill bahagian depan.
Kali ini grill diletakan di bahagian bawah logo Proton naik sehingga sampai ke hujung lampu berbanding sebelum ini di atas logo. Akhirnya nampak profil kereta ini kelihatan lebar daripada hadapan.
Selain itu, kelihatan banyak line horizontal piano black di bahagian bawah. Ada juga kelihatan infinate line yang maana rekabentuk ini diambil daripada design Proton X70
- Ada DRL (Day Running Light) menambah nilai kosmetik di bahagian depan kereta ini
- Seperti biasa di bahagian belakang sudah tiada lagi logo Proton di bahagian belakang yang digantikan dengan tulisan Proton. Walaubagaimanapun, rekabentuk lampu belakang masih lagi sama dengan Persona versi lama
- Menariknya untuk versi kali ini untuk semua varian ada diberikan sekali lip spoiler berwana hitam dan juga shark pintu antena di bahagian belakang bumbung kereta.
- Kelihatan juga horizontal line, chrome memanjang bagi mengelakkan kereta ini nampak tinggi untuk sedan. Jadi kemasan chrome itu membantu menyelesaikan masalah tersebut.
- Ini kerana model kereta ini ia menggunakan chasis Proton Iriz.
- Ia menggunakan sport rim 15 inci. Cuma cadangan kami kaalau anda ada bajet lebih boleh menggunakan tayar lain.
Ini kerana anda hanya dibekalkan tayar Silverstone Kruizer. Yang mana ketika pemanduan dijalankan, agak bising sedikit bunyi dalam kabin.
- Adakah berbaloi dengan tawaran harga persona?
- SUMBER: https://www.proton.com/en/find-a-car/persona
Adakah Ia Berbaloi?
- Ada smart entry. Ada PUSH START BUTTON. Dashboard kereta ini tampak cantik dan kemas.
- Satu perkara yang paling suka melibatkan kereta ini adalah di bahagian tempat duduk yang menggunakan semi leather. Sangat selesa.
- Untuk ruang belakang boleh dikatakan mencukupi. Agak selesa untuk perjalanan yang jauh.
- Ruang tempat meletakkan barang-barang agak luas. Paling luas untuk kereta segmen B