Pada 1 Julai 2022 yang lalu, seperti yang kita sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan.
Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar didapati di kedai-kedai.
Baca juga:
- PERKESO Lancar Manfaat Baharu Caruman Mulai September
- KJ Bakal Umumkan Kelonggaran SOP Pelitup Muka Di Tempat Awam
Tindakan pemansuhan tersebut dibuat adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.
Walau bagaimanapun, sebagai usaha menangani kenaikan harga ini, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan menetapkan harga maksimum secara bulanan.
Di media sosial, rata-rata orang ramai mengeluh dengan harga terkini yang menjangkau harga RM40-RM50 berbanding RM30 sebelum ini.
Susulan daripada itu, harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.
Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, harga minyak masak lima kilogram bermula 8 September hingga 7 Oktober ditetapkan RM33.50 sen berbanding RM34.70 sen sebelum ini.
Sekadar info, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg kekal pada harga RM2.50.
Jika ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidipolibeg 1 Kg yang dijual selain harga kawalan iaitu RM2.50, boleh dilaporkan kepada KPDNHEP melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my