Lesen memandu merupakan sesuatu yang wajib dan perlu dipatuhi jika kita ingin membawa kenderaan dan lesen tersebut mempunyai kelas tersendiri berdasarkan kenderaan yang dibawa seperti motosikal, kereta, lori dan lain-lain.
Untuk mengambil lesen memandu, harga untuk mengambil lesen mengikut kelas adalah berbeza berdasarkan kawasan yang anda ingin mengambil lesen mengikut negeri. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat lebih terperinci tentang harga lesen memandu :
Harga Lesen Memandu
Berikut adalah anggaran kadar bayaran untuk lesen memandu secara keseluruhan untuk mendapatkan lesen memandu mengikut kategori kelas berdasarkan Institut Memandu. Kadar bayaran yang diberikan adalah anggaran sahaja kerana harga berbeza mengikut Institut Memandu.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Harga Lesen Motor (B2) – RM350 hingga RM450
- Harga Lesen Kereta Manual (D) – Rm 1,150 hingga Rm1,300
- Harga Lesen Kereta Automatik (DA) – RM 1,250 hingga RM 1,500
Senarai Institut Memandu Seluruh Malaysia
Berikut ialah senarai Institut Memandu mengikut negeri masing-masing yang boleh anda kunjungi untuk mengambil lesen memandu. Anda boleh membuat tinjaun harga yang lebih murah kadar bayarannya mengikut tempat masing-masing :
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Melaka
- Johor
- Terengganu
- Kelantan
- Sabah
- Sarawak
Syarat Lesen Memandu
Berikut syarat-syarat yang diperlukan oleh seseorang untuk mengambil lesen memandu:
- Genap umur 16 tahun boleh mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike B Full 500cc.
- Genap berumur 17 tahun boleh mengambil lesen kereta.
- Genap umur 21 tahun boleh mengambil lesen E (bas/lori)
Proses Ambil Lesen
Berikut ialah langkah atau proses mengambil lesen mengikut urutan jika anda ingin mengambil lesen memandu buat kali pertama :
- Pendaftaran
- Kursus KPP
- Ujian Komputer
- Lesen L
- KPP 02
- KPP 03
- Ujian QTI
- Ujian Praktikal JPJ
Kepada anda yang masih mengambil lesen, anda boleh berbuat demikian untuk mendapatkan lesen memandu anda supaya anda mematuhi undang-undang jalanraya dan lebih selamat jika anda berlatih di Institut Memandu dan diajar cara-cara memandu serta peraturan jalanraya. Semoga bermanfaat
Jika ada sebarang pemebtulan boleh ajukan kepada [email protected]