Harga Bateri Kereta Yang Perlu Anda Tahu


Harga Bateri Kereta Malaysia


Harga Bateri Kereta 2022 yang murah dan berpatutan: Kering & Basah serta tahan lama dan tidak cepat rosak Apabila anda sudah memiliki kereta, banyak bahagian yang perlu anda jaga. Ia termasuklah bateri kereta anda.

Ada bateri kereta terbaik yang tahan lama, ada juga yang mati dan rosak cepat, ada harga murah dan mahal, ada juga kategori basah dan kering. Banyak pilihan di pasaran sekarang. Pokok pangkalnya, anda perlu bijak memilih yang mana satu sesuai dengan kereta anda.

Harga Bateri Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Senarai Harga Bateri Kereta Terbaik 2022

Ada banyak pilihan harga bateri kereta yang terbaik di pasaran sekarang. Daripada harga bateri kereta yang murah sehinggalah ke harga yang mahal.

KATEGORI HARGA
Bateri NS40ZL RM120-RM170
Bateri NS60 RM140-RM180
Bateri NS70 RM190-RM245
Bateri DIN55 RM190-RM245
Bateri 55D23L RM190-RM245

Harga bateri kereta juga bergantung kepada jenama yang anda piliha dari jenama Panasonic, Century, Bosch, Yokohama, GP Yamasaki, Aokly, Yuasa, Hitachi, Amaron dan lain-lain lagi untuk tahun 2022.

Kami sedang kemaskini data dan info harga bateri kereta yang murah dan sesuai dengan model kereta Perodua Myvi Axia Viva Alza Kancil Bezza, Proton Gen2 Saga Waja Wira Persona, Honda City Civic Accord dan banyak lagi model kereta. Nantikan

Tips Memilih Bateri

  1. Jangan sesekali beli kereta yang tersimpan lama di kedai
  2. Jangan sesekali buang kad waranti, dan resit pembelian bateri kereta anda. Ini kerana ada kes di mana bateri cepat rosak dari tempoh waranti yang diberikan
  3. Anda perlu bateri kereta yang sesuai dengan suhu dan iklim di Malaysia serta sesuai dengan sistem audio kereta anda. Lebih hebat sistem audio, lebih kuasa yang diperlukan untuk bateri kereta anda
  4. Sila memilih bateri yang hampir sama spesifikasi seperti yang dibekalkan pembuat kereta

Cara Buat Bateri Tahan Lama

Cara Buat Bateri Tahan Lama dan tidak kong dengan cepat

  1. Sila parking kereta di tempat yang berbumbung atau tempat yang lebih teduh
  2. Jika anda perancangan untuk tinggalkan kereta anda untuk tempoh yang lama, kami nasihatkan anda anda tinggalkan bateri kereta anda untuk sementara waktu
  3. Jangan sesekali kerapkali untuk cas semula kereta anda samada menggunakan jumper. Seeloknya bawa kereta anda untuk seminggu sekali ataupun hidupkan kereta yang anda jarang gunakan 2 hari sekali.
  4. Jangan sekali lupa tutup lampu kereta, cabut kunci kereta anda
  5. Menggunakan bateri yang sesuai dengan sistem audio kereta anda
  6. Matikan sistem audio, aircond, sistem elektronik terlebih dahulu sebelum hidupkan enjin kereta

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3