Pada awal bulan Jun ini, harga barang diramal akan mengalami peningkatan sekitar 50% hingga 60% susulan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500.
Harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur mendadak naik harga sebelum aidifitri baru-baru ini.
Baca juga:
- Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Sehingga RM1,000
- Tahap Kesihatan Kembali Merosot, Fungsi Jantung Tinggal 10 Peratus
Peningkatan Harga Barang:
Kesan daripada peningkatan harga barang keperluan ini , kedai makan dan restoran turut terpaksa meningkatkan perkhidmatan mereka.
Meskipun gaji minimum dinaikkan tapi jika kos kehidupan juga menaik, tak ada faedahnya usaha kerajaan itu dilaksanakan.
Umpama tiada apa yang berlaku. Seolah olah keadaan seperti normal. Sudahlah sebelum gaji dinaikkan pun, kenaikan harga barang tak sepadan dengan penambahan pendapatan.
Tindakan kerajaan untuk menambah pendapatan golongan b40 adalah sangat bagus dan diterima rakyat. Namun, jika pihak kerajaan tidak berbuat sesuatu terhadap kos pembelanjaan yang perlu ditanggung seluruh rakyat menjejaskan faedah penetapan gaji baru itu.
Hak Pembeli:
Sebagai rakyat juga kita tak boleh sewenang wenangnya membeli barang tanpa berfikir. Laporkan jika barangan yang dijual mahal. Bertindak agresif dalam transaksi jual beli kerana hak melaporkan tentang penjual yang tamak adalah hak kita sebagai penguna. Jangan benarkan mereka bermaharajalela.
Bahkan, ini masanya untuk guna kuasa kita sebagai penguna untuk memboikot peniaga yang menjual barang yang dijual dengan harga tak munasabah. Kita haruslah sepakat agar tidak beli disana.
Sumber: Awani