Harga Barang Bakal Melonjak Sehingga 60 Peratus Mulai Bulan Jun?


Menjelang hujung Mei ini harga semua barang keperluan dijangka melonjak sekitar 50 hingga 60 peratus susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dan sikap peniaga yang tamak untuk mendapat untung besar.

Hakikatnya beberapa harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua jenis sayur-sayuran sudah naik mendadak sebelum Aidilfitri baru-baru ini. Ironinya, kenaikan harga barangan keperluan asas, misalnya banyak melibatkan barang mentah dan ini sekali gus memberi kesan berantaian membabitkan kedai makan dan restoran yang akhirnya terpaksa menaikkan harga jualan.

Baca juga: Bantuan Warga Emas Yang Ramai Belum Mohon

Walaupun gaji minimum naik tetapi kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan yang mula disifatkan sebagai ‘harga Yahudi’ menyebabkan pengguna seolah-olah tidak dapat sebarang faedah tambahan untuk nilai gaji baharu kerana jumlah perbelanjaan harian terus bertambah. Ringkasnya, apa yang kita lihat sekarang ialah kenaikan harga barangan tidak sepadan dengan pertambahan pendapatan dan akhirnya menjadi wal hasil balik asal.

Niat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan menaikkan kadar gaji minimum adalah sangat baik dan dialu-alukan, namun sikap tamak dan tidak bertanggungjawab peniaga menjejaskan manfaat penetapan kadar gaji minimum yang patut dinikmati rakyat.

Selain itu, pengguna juga boleh mengajar peniaga yang tamak dengan cara membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mendapati peniaga menaikkan harga. Sikap berdiam diri, tidak peduli dan tutup mata melihat perbuatan peniaga yang menjual dengan harga mahal menyebabkan mereka bermaharajalela, jadi kita perlu agresif dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Malah, inilah juga masanya untuk kita menggunakan kuasa sebagai pengguna untuk ‘menghukum’ peniaga degil, misalnya jika sesuatu barangan itu didapati dijual pada harga yang tidak munasabah, semua pengguna seharusnya sepakat untuk tidak membelinya dengan memboikot barangan itu. Hal ini penting kerana jika pengguna boleh bersatu dan bekerjasama kita mampu menundukkan keegoan para peniaga.


Kita juga berharap agar persatuan pengguna terus memainkan peranan dari segi menyedarkan pengguna tentang hak dan kuasa supaya sama-sama dapat mewujudkan pengguna bijak, cakna dan boleh melindungi diri daripada kezaliman peniaga.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Harga Barang Bakal Melonjak Sehingga 60 Peratus Mulai Bulan Jun?” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia