Home » Gosip Artis Malaysia » Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November 2021, Siapakah Gadis Bertuah Itu?

Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November 2021, Siapakah Gadis Bertuah Itu?

Haqiem Rusli yang merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon lelaki Malaysia telah memulakan langkah dalam dunia hiburan setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama.

Haqiem Rusli mula bertapak dalam industri muzik tanah air ketika berusia 10 tahun apabila menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara.

Haqiem meneruskan perjalanan seninya dengan menganggotai kumpulan The Beesings, yang memulakan kerjaya pada tahun 2012 dan pada asalnya terdiri daripada lima orang ahli iaitu Haqiem sendiri, Azzam, Fimie Don, Didi dan Aida Ross.

Kemudian pada 2014, Haqiem menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil Ultra (TV9) iaitu rancangan nyanyian yang menggabungkan bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam untuk kembali berentap di satu pentas. Namun, Haqiem tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Namun dia masih aktivit dalam dunia seni dan berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya “Segalanya”, “Tergantung Sepi” dan “Jatuh Bangun” (duet bersama Aman RA.)

Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir  (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu “Segalanya” dan “Tergantung Sepi”,

Namun hanya lagu “Tergantung Sepi” yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga. Album pertamanya, Segalanya dikeluarkan pada April 2018 memuatkan 8 lagu termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris, “Qiemillio”.

Pada malam Anugerah ABPBH34 dia telah merangkul anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH34 dan sekaligus mengumumkan bakal bernikah pada 19 November 2021 semasa memberi ucapan penghargaan untuk kemenangannya.

Dalam pada itu , Haqiem juga berharap agar peminta dan penyokongnya untuk mendoakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Dia juga menyatakan akan melancarkan lagu baru pada tarikh nikahnya nanti.

Sebelum ini , Haqiem pernah mengumumkan mahu berkahwin menerusi IG Live pada pukul 2 pagi dan hingga kini masih merahsiakan identiti pasangannya.

Penafian – Semua yang kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November 2021, Siapakah Gadis Bertuah Itu?” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes