Sebuah video telah tular di sosial media dimana seorang wanita telah dilanggar dan dipijak. Ramai yang terkejut dengan sebuah video dari sebuah akaun Tiktok @Muhdajwad8 dimana ada sekumpulan orang yang berpusu-pusu masuk kesebuah padang. Setelah pintu pagar padang tersebut dibuka ramai yang berpusu-pusu masuk sehingga menyebabkan seorang wanita telah jatuh dan terpijak oleh orang ramai.
Insiden tersebut telah berlaku di Garden Arena Rawang, Selangor selepas seorang YouTuber terkenal Isa Isarb mengumumkan dia menganjurkan sebuah permainan mudah untuk pengikutnya. Seorang pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000.
Didalam video tersebut memperlihatkan orang ramai berpusu-pusu masuk sehingga tidak menghiraukan keselamatan diri masing-masing. Sepasang suami isteri juga bersama-sama berebut ketika pintu pagar padang tersebut dibuka sehinggalah Isteri kepada pasangan tersebut jatuh dan ade yang telah terpijaknya.
Membaca komen di bahagian komen di video Tiktok tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakkan pasangan suami isteri tersebut yang sanggup berpusu-pusu hanya untuk mendapatkan hadiah yang belum tentu miliknya sehingga menggadaikan keselamatan diri.
Selain itu ada juga mempertikaikan wanita tersebut yang sedang mengandung kenapa pula harus datang dan menyertai orang ramai disitu lebih-lebih lagi ramai lelaki.
Disebabkan isterinya jatuh dan dipijak, suami wanita tersebut telah naik berang dan meminta penganjur mencari orang yang memijak dan menolak isterinya.