Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!


Selagi belum masa penamat jangan pernah mengalah. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Sepuluh pemain RB Leipzig memenangi DFB-Pokal buat kali pertama dalam sejarah mereka menerusi penentuan penalti 4-2 ke atas Freiburg di Berlin semalam.

Freiburg yang beraksi di final utama buat pertama kali dalam sejarah kelab telah mendahului pada minit ke-19 hasil rembatan deras Maximilian Eggestein walaupun bola jelas terkena tangan Roland Sallai. Jaringan ini juga menjadi sejarah buat Freiburg dalam final pertama mereka.

Leipzig terpaksa bermain dengan 10 orang sejurus sebelum sejam masa permainan apabila Marcel Halstenberg menerima kad merah kerana menjatuhkan Lucas Holer.

Walaupun begitu, Leipzig seperti tidak patah semangat mencari gol apabila penyerang sensasi mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Christopher Nkunku. Pemain dan staff kejurulatihan Leipzig meraikan seperti sudah memenangi perlawanan.

Christopher Nkunku yang menyinar bersama Leipzig musim ini telah menjaringkan 35 gol dalam 52 perlawanan yang dimainkan oleh Leipzig dan menjadikan beliau salah satu prospek penting dalam bola sepak.

Kegagalan Freiburg dalam menyempurnakan sepakan penalti telah memakan diri apabila pemain Freiburg, Christian Gunter dan Ermedin Demirovic terlepas sepakan penalti dalam penentuan itu dan kegagalan itu membenarkan Leipzig menjulang piala DFB-Pokal tersebut.


Anak buah Domenico Tedesco telah tewas dua perlawanan akhir dalam tempoh tiga tahun yang lalu tetapi mereka akhirnya berjaya meraih trofi di Olympiastadion selepas bertahun-tahun membina semula pasukan.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia