Hanya 3 Kategori Yang Layak Terima BKM RM 900 ~ Jom Semak Sekarang !!


Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 telah mula dikreditkan secara berperingkat. Namun hanya 3 kategori sahaja yang layak menerima bantuan tertinggi sebanyak RM 900.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan bersasar yang mengutamakan golongan B40, M40, ibu bapa tunggal, bujang dan lain-lain.

Artikel Berkaitan :


Jawatan Kosong Institut Koperasi Malaysia

Ezbiz SSM Online: Cara Daftar Login & Renew Percuma 2022 ~ Semak Sini Sekarang !!

 

Bayaran BKM adalah sebanyak 4 fasa. Pembayaran terakhir sepatutnya pada Disember 2022 tetapi ia dimulakan pada 15 November 2022 sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

3 KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BKM RM 900

Sedia maklum, jumlah bantuan BKM Fasa 4 adalah bermula daripada RM 100, RM 150, RM 200, RM 300, RM 600 dan RM 900.


Untuk bantuan tertinggai hanya 3 kategori sahaja yang layak terima bantuan tersebut iaitu

1) ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 – BERUMUR 59 TAHUN & KE BAWAH

  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

2) ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 – BERUMUR 60 TAHUN & KE ATAS


  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

3) IBU BAPA TUNGGAL (IBT) BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500 YANG MEMPUNYAI ANAK – TIADA HAD UMUR

  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih = RM 900

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran BKM Fasa 4 akan bermula pada 15 November sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

KAEDAH / CARA BAYARAN


Sama seperti pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa-fasa sebelum ini yang mana HANYA terdapat 2 KAEDAH PEMBAYARAN yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu

1. DIBAYAR TERUS KE AKAUN BANK

Pembayaran amaun BKM Fasa 4 akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftarkan untuk menerima BKM. Sama seperti BKM Fasa 1,2 dan 3.


Jika anda mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit, anda boleh membuat penebusan melalui BSN.

2. MENERIMA SECARA TUNAI MELALUI BANK SIMPANAN NEGARA

Anda boleh menerima BKM FASA 4 secara tunai jika anda tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran kegagalan kredit.


Anda perlu menghadiri mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Kad Pengenalan anda dan menyerahkannya kepada pegawai yang bertugas.

Tuntutan tunai boleh dibuat mulai 15 November.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3