Semalam kecoh di media sosial berkaitan cadangan had umur pengeluaran KWSP dinaikan hingga 65 tahun. ini berikutan satu kenyatan dari Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein yang berkata terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk meneroka kontrak sosial baru mengenai bagaimana mereka ingin melindungi diri mereka dari segi kewangan pada masa depan.
Kontrak Sosial Baru
“Kami memerlukan kontrak sosial baru, rakyat perlu bersetuju sekiranya ini adalah jenis faedah yang mereka mahukan, mereka harus bersetuju bahawa inilah cara kita perlu membiayai.
“Kita tidak boleh secara tidak sengaja memaksakannya dari atas. Ini memerlukan perundingan dan persetujuan daripada orang ramai, dan ia memerlukan tadbir urus yang lebih kukuh,” katanya hari ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca Lagi : 10+ Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
Purata Baki KWSP PESARA
Bank Dunia dalam laporan Pemantau Ekonomi Malaysia yang diterbitkan hari ini, berkata pada usia 54 tahun, ramai pekerja mempunyai baki simpanan KWSP di bawah RM150,000, manakala hampir tiga perempat mempunyai baki di bawah RM250,000.
Bantuan Orang Tua (BOT) Tidak Mencukupi
Ini kata Bank Dunia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara, sementara bantuan kerajaan yang ada seperti Bantuan Orang Tua (BOT) tidak mencukupi, hanya membantu 26.4 peratus warga emas yang berada di bawah 20 peratus.
Oleh demikian, institusi perbankan antarabangsa itu berkata pencen sosial tanpa sumbangan sangat penting untuk membantu golongan warga emas memerlukan dan miskin.
Dalam jangka pendek dan sederhana, Bank Dunia mencadangkan pencen sosial sederhana dengan tahap faedah yang sama dengan BOT (bantuan tunai RM350 sebulan), tetapi diperluaskan kepada golongan B40 berusia 65 tahun ke atas menggunakan sistem Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada.
Memperkenalkan langkah ini hanya memerlukan 1.6 peratus daripada unjuran pendapatan fiskal bagi tahun 2020. Program ini dapat diperluas lagi pada masa depan.
Bagaimanapun, menurut Nurhisham, salah satu masalah dengan sistem perlindungan sosial saat ini adalah ia berdasarkan pekerjaan, yang bermaksud sebahagian besar penduduk ditinggalkan – seperti suri rumah, atau mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap misalnya.
Kupasan Video Cadangan Had Umur Ditingkatkan
Berikut adalah kupasan berkaitan cadangan bank dunia berkaitan peningkatan had umur kepada 65 tahun untuk pengeluaran.
Oleh itu, Kumpulan Wang Simapnan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan kenyataan baharunya tadi yang mengatakan :
Kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh 55 tahun.
#kekal55tahun #jagakepentinganahliKWSP #KWSPinfo
Jadinya, had pengeluaran penuh masih kekal 55 tahun disebabkan tiada sebarang perbicangan dibuat berkaitan perkara tersebut.
Sumber : KWSP FB