Home » Pendidikan » Guru Yang Tolak Divaksin Tidak Akan Dibenarkan Mengajar Pelajar- Radzi Jidin

Guru Yang Tolak Divaksin Tidak Akan Dibenarkan Mengajar Pelajar- Radzi Jidin

Kangar: Bagi guru yang enggan divaksinasi tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober depan nanti.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sehingga kini seramai 2,500 guru di negera ini tidak mahu menerima vaksin , & pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

“Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas mahupun berinteraksi dengan pelajar.

“Namun begitu, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan garis panduan tugasan bagi guru yang tidak divaksin ini”.

“Pada masa yang sama, kita sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil kepada guru yang masih belum divaksinkan ini”.

Katanya ketika ditemui selepas sesi libat urus bersama bersama guru-guru sekolah menengah Perlis Hotel Putra Regency.

Katanya lagi, tindakan yang bakal diambil itu akan diambil kira dalam keadaan semasa terutamanya menjelang pembukaan sekolah kelak.

“Jumlah guru yang tidak divaksinasi ini tidaklah ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini. Namun begitu kita hendaklah menjaga anak-anak kita di sekolah dengan selamat supaya ibu bapa yakin akan persekitaran di sekolah itu”.

“Ada juga guru yang mempunyai masalah kesihantan tidak dapat menerima vaksin , namun ada juga guru yang memberi pelbagai alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini, dan banyak lagi”.

Radzi berkata lagi, mahu pastikn ekosistem keseluruhan sekolah.

“Akan diteliti satu persatu segala alasan yang diberikan dan kita minta supaya pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pusat Pendidikan Daerah (PPD) bertemu dan memberi penjelasan mengenai keperluan vaksin ini”.

“Ini kerana kita mahu pastikan ekosistem keseluruhan sekolah ini adalah selamat untuk anak kita,” katanya.

Radzi memberitahu, bahawa setakat ini, jumlah guru yang telah menerima vaksin dos pertama adalah sebanyak 96.7 peratus manakala sebanyak 85.26 peratus pula sudah lengkap menerima dua dos vaksin dan akan bertambah lagi jumlah guru lengkap vaksin menjelang Oktober depan.

“Kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan juga perlu divaksinkan, malah kita sudah mengeluarkan makluman bahawa mereka yang berada di kawasan sekolah ini mesti divaksin”.

Sementara itu, terdapat 89.35 peratus sudah menerima satu dos suntikan vaksin manakala 73.71 peratus kakitangan perkhidmatan sokongan yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin

Menurutnya lagi, keputusan pembelajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan dibuat berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pemulihan Negara (PPN).

“Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran yang dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

“Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti,” katanya.

Sementara itu, Perlis akan menjadi negeri pertama jelajah Sesi Libat Urus Guru dengan Menteri Kanan Pendidikan, dan akan diikuti negeri-negeri lain selepas ini.

Baca juga: Pembelajaran Fizikal IPT Akan Dibuka Semula Mulai Oktober 2021

Sumber: Metro

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Guru Yang Tolak Divaksin Tidak Akan Dibenarkan Mengajar Pelajar- Radzi Jidin” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!