Fyna Jebat – Adik kepada Ayda Jebat umur baru 29 tahun. Isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hasan.
Datin Zalina – Isteri pertama Datuk Zainal Abidin. Telah berkahwin sejak tahun 1985 dan dikurniakan dengan 5 orang anak dan 5 orang cucu.
Datuk Zainal Abidin Hasan – Berumur 61 tahun, pernah menjadi pemain bola Malaysia, lepas tu jadi jurulatih Malaysia.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Viral kes pergaduhan sampai dengar cerita ada adegan tarik-menarik rambut sehingga jadi kes polis. Kes melibatkan isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, Fyna Jebat dan isteri pertama, Datin Zalina Zaini baru-baru ini.
Difahamkan, adegan tersebut tercetus kerana Datin Zalina berasa disindir dengan kenyataan double meaning Fyna Jebat dalam program Famili Duo.
Tetapi pendapat netizen lain menyatakan bahawa punca pergaduhan berlaku kerana pengacara program itu, Janna Nick yang mengeluarkan soalan kontroversi.
Berikutan kes ini, pelakon Azhar Sulaiman turut menyampaikan pesan dan peringatan kepada pihak produksi untuk tidak menjadikan perkahwinan tersebut bahan jenaka dan tolong hormati anak buahnya itu (Datin Zalina ni anak buah Azhar Sulaiman).
Selepas dikecam netizen, Janna terpanggil mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa apa yang ditanya olehnya di dalam program adalah mengikut skrip.
Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama & masalah rumahtangga yang dilalui mereka.
Melalui hantaran di Instagram, Janna memuat naik klip pendek ketika dia bertanyakan soalan kepada Fyna yang didakwa menjadi punca itu dan menyatakan ianya skrip dari pihak produksi.
Sesetengah netizen berpendapat soalan ditanya aktres itu tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya cara Fyna menjawab soalan yang mencetuskan masalah seolah-olah menarik provokasi.
Bayangkan anda isteri pertama, dan isteri kedua yang baru menyondol suami anda keluarkan statement macam tu dekat public. Apa yang anda akan buat?
Mereka turut mengkritik adik Ayda Jebat itu kerana tidak berfikir sebelum menjawab kerana memberikan unsur ‘double meaning’ dalam program TV yang ditonton pelbagai lapisan umur.