Hafidz Roshdi mohon mahkamah mengurangkan kadar ikat jaminnya, dan mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hafidz Roshdi memberitahu beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
“Saya mahu berbaik dan harap ruang pendamaian (dengan isteri) masih terbuka. Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada,” kata beliau kepada pemberita selepas diikat jamin.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Hafidz Roshdi terdahulu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu kerana pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada awal bulan ini.
Bagaimanapun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang sebelum kesnya itu lebih panas apabila dia bertindak mencederakan isterinya.