SHAH ALAM: Tiada hujan, tiada ribut. Selebriti terkenal Malaysia, Diana Danielle telah failkan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.
Permohonan cerai ini atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Permohonan cerai tersebut telah disebut pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Walau bagaimanapun, Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Tidak Tinggal Serumah
Difahamkan pasangan pelakon terkenal tersebut tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie iaitu Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Fail permohonan akan ditetapkan semula untuk sebutan pada Mac 28 ini.
Untuk makluman, Farid (42) telah berkahwsin dengan Diana (32) pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Kita doa yang baik-baik untuk mereka. Ikuti gosip artis malaysia untuk lebih banyak artikel menarik.