Home » Portal Rasmi » Go KL City Bus – Perkhidmatan Bas Percuma Sekitar KL

Go KL City Bus – Perkhidmatan Bas Percuma Sekitar KL

GO KL City Bus (GoKL) adalah sebuah perkhidmatan pengangkutan awam percuma yang beroperasi di kawasan pusat di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, perkhidmatan GO KL ini beroperasi di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau dikenali sebagai SPAD sebelum diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tanggal 1 Januari 2019.

Apa Itu GOKL City Bus

GOKL City Bus menyedikan pengangkutan percuma kepada orang awam bertujuan untuk membantu pengguna untuk berjimat sambil memberikan pengguna kemudahan untuk bergerak di sekitar tempat menarik KL tanpa sebarang kos.

Laluan Bas

Untuk pengetahuan anda, laluan-laluan untuk bas Bandar GoKl ini tidak selari dengan laluan bas berbayar seperti Rapid KL kerana untuk mengelakkan persaingan.

Dan semua bas ini melalui laluan pekeliling mengikut arah jam berdasarkan peta laluan Go KL.

Laluan peta route map go kl city bus

Laluan Hijau

Laluan Hijau adalah laluan antara KLCC dan Bukit Bintang. Perhentian bas berdekatan dengan Suria KLCC, Pavilion KL, Pusat Beli Belah Sungei Wang, dan Grand Hyatt Hotel KL.

Laluan Ungu

Laluan Ungu/ Purple Line akan mengambil penumpang daripada kawasan Bukit Bintang ke arah Chinatown. Perhentian bas berapa di Menara KL Tower, Pudu Sentral Bus Terminal, dan LRT Pasar Seni.

Laluan Merah

Jika anda ingin bergerak ke bandar KL Sentral, sila ambil Laluan Merah/ Red Line di mana laluan tersebut akan bergerak ke arah Jalan Tungku Abdul Rahman. Bas akan berhenti di Chow Kit, Muzium Negara, Tune Hotel, Dataran Merdeka, dan KTM Kuala Lumpur.

Laluan Biru

Laluan Biru pula akan mengambil penumpang dari Medan Mara ke Bukit Bintang. Di mana bas Go Kl akan berhenti di Hotel Concorde, Starhill Gallery, KL Sogo dan Campbell Complex.

Waktu Beroperasi GoKL

Berikut adalah jadual masa perkhidmatan untuk perkhidmatan bas percuma Go Kl :

Isnin – Khamis : 6 pagi hingga 11 malam
Jumaat – Sabtu : 6 pagi hingga 1 pagi
Ahad : 7 pagi hingga 11 malam

 

 

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Go KL City Bus – Perkhidmatan Bas Percuma Sekitar KL” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes