Home » Bantuan » GKP Permai Bantuan RM1,000.00 Dah Masuk!

GKP Permai Bantuan RM1,000.00 Dah Masuk!

GKP Permai atau dikenali sebagai Geran Khas Prihatin PERMAI merupakan bantuan kewangan TAMBAHAN secara one-off yang telah kerajaan sediakan khas untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro.

GKP Permai layak kepada mereka yang telah menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini. Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda info mengenai bantuan kerajaan ini.

Siapakah Yang Layak untuk Memohon GKP Permai?

GKP Permai layak kepada penerima yang lulus GKP 1.0 & GKP 2.0 serta PKS mikro yang lulus rayuan sebelum ini.

Kemaskini Akaun Bank

Anda perlu kemaskini maklumat akaun bank anda jika terdapat perubahan. Antara notis yang telah dikeluarkan LHDN mengenai GKP ini :

  • Status lulus & bayaran gagal kredit GKP 1.0 & GKP 2.0 perlu kemaskini akaun bank
  • Akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi/ akaun bank semasa peribadi pemohon.
  • Pembayaran GKP akan dikreditkan ke akaun bank yang aktif sahaja.

Baca Juga : i-Sinar Tanpa Syarat

Tarikh Pembayaran GKP Permai

Menurut LHDN, tarikh pembayaran akan dilakukan pada bulan 25 MAC 2021.

GKP-PERMAI-GKP-TAMBAHAN-RM1000-1

gkp permai dah masuk

Semak Status Kelayakan GKP

Jika anda ingin membuat permohonan baru atau ingin kemaskini, sila klik di pautan berikut :

https://gkp.hasil.gov.my/

*P/S : Tarikh untuk permohonan baru sudah pun ditutup. Akan dibuka jika terdapat pengumuman baru dari Perdana Menteri.

gkp permai kemaskini akaun

FAQ Soalan Lazim

Siapakah yang layak mohon GKP Permai?

GKP Permai akan diberikan kepada penerima GKP 1.0 & GKP 2.0 serta PKS mikro yang lulus Rayuan GKP.

Berapakah jumlah bantuan GKP Permai?

RM500 atau RM1000 secara one-off.

Bilakah tarikh pembayaran GKP Permai?

Tarikh bayaran adalah pada MAc 2021. Sila baca di website ini untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

03-8911 1000

Sumber : Laman Khas GKP

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas hanyalah tutorial dan ringkasan artikel related dengan “GKP Permai Bantuan RM1,000.00 Dah Masuk!” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment