Home » Bantuan » GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS Mikro, Bayaran Pada Bulan September & November

GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS Mikro, Bayaran Pada Bulan September & November

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan khas GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin) dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Di sidang media, pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak CV-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH.

Portal Malaysia ingin berkongsi info lanjut tentang bantuan GKP 4.0 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.

Baca Juga : BKC – Bantuan Khas Covid19 | Bayaran Sehingga RM1300 Untuk Miskin Tegar, B40 & M40

GKP 4.0

Bagi membantu kelangsungan PKS, Kerajaan akan meneruskan penyalurkan bantuan bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.

Bantuan Geran Khas Prihatin bakal diteruskan dengan GKP 4.0.

Permohonan akan dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Untuk yang tidak pernah terima GKP sebelum ini, anda boleh memohon pada tempoh yang ditetapkan.

Kadar Bayaran GKP 4.0

Jumlah Bayaran Tambahan GKP 4.0 adalah seperti dibawah :

  • RM 500 – Dibayar pada Bulan September 2021
  • RM 500 – Dibayar pada Bulan November 2021

Baca Juga : PEMULIH – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi

Tarikh Pembayaran GKP

Penerima yang layak akan terima bayaran pada

  • Bulan September 2021 (RM500)
  • Bulan November 2021 (RM500)

Bayaran akan masuk secara berperingkat ke dalam akaun penerima yang telah didaftarkan. Pastikan akaun bank anda aktif.

Cara Permohonan GKP 4.0 RM1000

Bagi yang tidak pernah dapat bantuan GKP sebelum ini, sila ikuti cara memohon di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan IC & Kod Captcha
  3. Tekan Permohonan Baru
  4. Isikan maklumat peribadi anda
  5. Klik teruskan & hantar
  6. Semoga Berjaya!

Semakan Geran Khas Prihatin GKP

Untuk semakan permohonan status kelayakan anda untuk GKP 4.0 ini, sila ikuti langkah di bawah :

  1. Layari Portal
  2. Masukkan kad pengenalan anda.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Semoga berjaya dalam permohonan anda. Bagi penerima BPR pula, anda akan dapat BPR fasa ketiga pada bulan September nanti.

 

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “GKP 4.0 : Bantuan RM1000 Untuk PKS Mikro, Bayaran Pada Bulan September & November” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!