Home » Semakan » GKP 4.0 [September 2021]: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin

GKP 4.0 [September 2021]: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin

Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin September 2021

Bagi anda yang masih tidak tahu apa itu GKP 4.0, ia merupakan sebuah program bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran & perkhidmatan.

Portal Malaysia ingin berkongsi Semakan &Permohonan Geran Khas Prihatin.

Jumlah & Tarikh Bayaran GKP 4.0

Bagi makluman anda, bayaran ini akan dibuat secara ansuran sebanyak 2 kali pada bulan yang berikut:

  • September (RM500)
  • November (RM500)

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Baca Juga: i-Citra KWSP (September 2021): Cara Semak Status Dan Jadual Pembayaran

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Bukanlah penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia sahaja; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan & Semakan

Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:

https://gkp.hasil.gov.my 

Anda perlu melengkapkan borang permohonan & juga sertakan dokumen sokongan jika perlu & diminta. Pastikan anda mendaftarkan sebagai pengguna terlebih dahulu.

Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.

Baca Juga: Permohonan Bantuan Penjaja, Peniaga Kecil & Pasar Awam Berlesen RM300 One-Off 2021 (MBI)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web rasmi Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan artikel related dengan “GKP 4.0 [September 2021]: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!