Home » Portal Rasmi » GKP 4.0 : Permohonan Baharu Bantuan RM1000 Untuk PKS Mulai 15 Julai 2021

GKP 4.0 : Permohonan Baharu Bantuan RM1000 Untuk PKS Mulai 15 Julai 2021

Permohonan Baharu GKP 4.0 Dibuka Mulai 15 Julai 2021

Demi kelangsungan PKS mikro dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Kerajaan akan menyalurkan RM1 bilion iaitu RM1,000 bagi setiap PKS mikro yang telah pun dikreditkan pada pertengahan Jun 2021 menerusi GKP 3.0 & tambahan RM500 bagi setiap PKS mikro yang telah mula dibayar pada 12 Julai 2021 (Isnin) secara berperingkat.

Bagi GKP 4.0 yang telah diumumkan di bawah Pakej PEMULIH, penyaluran bakal dibuat kepada penerima sedia ada & baharu pada bulan September dan November 2021.

Portal Malaysia ingin berkongsi info lanjut tentang bantuan GKP 4.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media Khas.

Apakah Geran Khas Prihatin 4.0?

Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Baca Juga: Jadual Bantuan Khas COVID19 (Kategori Miskin Tegar, B40 & M40)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan umum bagi permohonan Geran Khas Prihatin adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP yang sebelum ini;
  2. Pemohon haruslah berstatus warganegara Malaysia;
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000;
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik;
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Baca juga: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Semakan Status Permohonan

Langkah semakan adalah seperti dibawah:

  1. Layari laman web rasmi https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk sebagai pengguna & masukkan ID (no kad pengenalan) & kata laluan.
  3. Status anda akan dipaparkan di skrin.

Tarikh Permohonan Baharu

Menurut Menteri Kewangan, tarikh permohonan baharu bagi PKS mikro yang belum pernah menerima GKP adalah mulai 15 Julai sehingga 31 Julai 2021.

Jumlah Bayaran Tambahan GKP 4.0 adalah seperti dibawah:

  • RM 500 – Dibayar pada September 2021
  • RM 500 – Dibayar pada November 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ 

Rujukan :

Disclaimers – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “GKP 4.0 : Permohonan Baharu Bantuan RM1000 Untuk PKS Mulai 15 Julai 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!