GKP 3.0: Gerakan Khas Prihatin RM1000 One-off

GKP 3.0: Gerakan Khas Prihatin RM1000 One-off 2021 Inisiatif Terbaharu Kerajaan

Usaha terbaharu kerjaan adalah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Gerakan Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) telah diumumkan pada 17 Mac 2021 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial.

Melalui pengunguman tersebut penerimaan one-off sebanyak RM1000 layak bagi kesemua perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro sila lihat GKP Permai bantuan dari kerajaan.

Apakah GKP 3.0


GKP atau Geran Khas Prihatin merupakan bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Jika anda ingin jadi orang pertama yang memohon bantuan kerajaan sila ke Portal Malaysia kami akan kongsikan kepada anda info terbaharu mengenai bantuan kerajaan.

Geran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

Baca Juga : i-Sinar Tanpa Syarat

Syarat Kelayakan GKP 3.0


Berikut merupakan kelayakan bagi GKP 3.0 yang dikhaskan kepada PKS mikro:

  1. Penerima bantuan adalah berstatus warganegara Malaysia
  2. Pemohon yang menjalankan PKS mikro adalah seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang mestilah daripada RM300,000
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh melebihi 4 orang, ini tidak termasuk pemilik
  3. Berdaftar dengan agensi-agensi seperti berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Masih aktif menjalankan kegiatan perniagaan semasa permohonan dilakukan.

Tarikh Permohonan


Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM mulai tarikh yang akan diumumkan nanti.

Permohonan secara manual pula tidak akan diterima.

Kaedah Bayaran


Pembayaran GKP 3.0 akan dibayar terus ke akaun bank persendirian pemohon yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Akaun bank mestilah aktif.

Maklumat penting bagi pemohon, hanya pemohon akaun bank simpanan/semasa yang aktif sahaja akan dikreditkan ke akaun bagi pembayaran GKP.

Maklumat Lanjut


Bagi sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui cara berikut:


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3