Dalam PEMERKASA sebelum ini, kerajaan telah meneruskan bantuan GKP 3.0 atau dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 3.0 khas untuk membantu meringankan beban Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).
Portal Malaysia akan kongsikan info-info berkaitan GKP 3.0 Tarikh Bayaran & Semakan kepada mereka yang layak.
Maksud GKP 3.0
Geran Khas Prihatin 3.0 merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Bantuan sebanyak RM1,000 secara one-off ini bertujuan untuk meringankan beban para peniaga.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Dalam PEMERKASA PLUS (Bantuan PKP 3.0), Kerajaan telah menaikkan bantuan GKP kepada RM1,500.
Tarikh Bayaran & Semakan GKP 3.0
Tarikh semakan untuk kemasukan bantuan GKP 3.0 adalah bermula pada 8 Jun 2021.
Bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
- Bayaran 8 Jun 2021 = RM1,000
- Julai 2021 = RM500 (tarikh akan diberitahu kelak)
FAQ Soalan Lazim GKP 3.0
Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0?
Tarikh pembayaran bantuan ini bermula pada 8 Jun 2021 dan akan dibayar secara berperingkat.
Bagaimanakah cara pembayaran Geran Khas Prihatin?
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang berkelayakan. Pastikan akaun bank anda aktif.
Berapakah jumlah bantuan GKP 3.0?
Jumlah bantuan adalah RM1,000 secara one-off. Namun, dalam PEMERKASA PLUS, bantuan ini telah dinaikkan kepada RM1,500.
Bayaran akan dibuat mulai 8 Jun 2021 secara berperingkat.
Cara Semakan Geran Khas Prihatin 3.0
Untuk semakan kelayakan, sila ikuti langkah-langkah semakan di bawah :
- Layari portal rasmi GKP : https://gkp.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Pengenalan anda.
- Pergi ke menu Semakan Status.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
Apakah Beza GKP 3.0 & GKP Tambahan?
Untuk lihat perbezaan, sila rujuk info bergambar di bawah :
Semoga berjaya dalam permohonan untuk Bantuan Geran Khas Prihatin ini. Sila share & kongsikan artikel ini kepada orang lain. Terima kasih.