Semak Baki RM500 PEMERKASA+ Mula Dikredit 8 Julai
Matlamata PEMERKASA+ adalah menyokong kelangsungan Perniagaan, kadar bantuanGKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.
Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat terkini tentang tarikh bayaran, kelayakan dan soalan lazim tentang bayaran GKP 3.0 tambahan RM500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Perutusan Khas beliau tempoh hari.
Apakah GKP 3.0 Tambahan?
Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, beliau telah mengumumkan bahawa PKS bakal menerima GKP 3.0 sebanyak RM1500, iaitu kenaikan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Bayaran tambahan ini adalah sebahagian daripada pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.
Baca Juga: Bantuan Susu Formula – BSF
Tarikh Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500
PKS yang layak akan menerima RM1,000 mulai 10 Jun & baki RM500 ini akan disalurkan pada bulan Julai ini.
Tarikh rasmi akan diberitahu dalam masa terdekat nanti oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Walaubagaimanapun, menurut penerima GKP 3.0, bayaran ini sudah mula dikreditkan ke akaun penerima pada 8 Julai 2021.
Cara Permohonan
Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelayakan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0 yang sebelum ini.
Ini bermaksud, penerima yang layak bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ merupakan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang lulus permohonan baharu GKP 3.0 yang akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda.
Kaedah Pembayaran
- Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP anda.
- Maklumat akaun bank juga adalah berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.
- Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Baca Juga: Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Selama 3 Bulan
Cara Semakan Status Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500
- Bagi semakan status pembayaran GKP 3.0 anda boleh lakukan di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my).
- Makluman semakan status GKP 3.0 akan dipaparkan di skrin setelah pengguna Log Masuk ke akaun masing-masing yang telah didaftarkan.
Soalan lazim
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/