Giatmara Tawar Kursus 6 Bulan Dengan Elaun RM200

GIATMARA merupakan sebuah institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak industri dan ekonomi di dalam dan luar negara.

Tujuannya adalah untuk membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan .

Baca juga:

Syarat Kelayakan:


Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah dalam keadaan sihat.
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia.
  3. Pemohon mestilah ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia.
  4. Pemohon mestilah berumur 15 tahun dan ke atas.
  5. Pemohon mestilah ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon.

Senarai Kursus:


Senarai kursus yang ditawarkan bagi tahun 2022 adalah seperti senarai berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kursus Kluster Fabrik
  4. Kluster Elektronik Mekatronik
  5. Kursus Kluster Kulinari
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kluster Senibina
  11. Kursus Kluster Pengangkutan
  12. Kursus Kluster Creative Media

Kursus Pensijilan

  1. Sijil Profesional GIAT MARA
  2. Sijil Kemahiran GIAT MARA
  3. Sijil Modular GIAT MARA
  4. Sijil Teknologi GIAT MARA
  5. Sijil Kehadiran GIAT MARA
  6. Sijil Kemahiran Warisan GIAT MARA
  7. Sijil Perantisan GIAT MARA
  8. Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
  9. Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  10. Sijil Kemahiran Malaysia
  11. Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  12. Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  13. Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

i) Pendaftaran Online:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal GIATMARA.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat di borang permohonan.

ii) Pendaftaran Manual:

Langkah 1: Pemohon boleh muat turun borang permohonan secara manual dalam link yang tertera di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 3: Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIAT MARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan @ sila ke GIAT MARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang GiatMara atau hubungi di talian 03-2691 2690.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3