Gentari Telah Tawarkan Penyelesaian Mobiliti Hijau Di Seluruh Rantau Asia Pasifik


Entiti segala milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd (Gentari) telah menandatangani 12 memorandum persefahaman (MoU) dengan penggiat sektor hidrogen antarabangsa untuk memanfaatkan kelebihannya sebagai penggerak utama tenaga hijau. Perdana Menteri Malaysia iaitu Ismail Sabri Yaakob telah  berkata, tenaga hidrogen industri baharu dan Petronas mengorak langkah meneroka sumber tenaga ini berikutan medium fleksibel dalam pemindahan tenaga merentas sektor. Dalam meningkatkan penggunaan hidrogen, saya yakin Gentari mampu mengenal pasti dan membangunkan kluster ekonomi hidrogen di Malaysia, seterusnya menjadikan negara kita sebagai hab eksport hidrogen yang kompetitif di rantau ini.

Sumber: google image

Disamping itu, Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas merangkap Pengerusi Gentari Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Gentari akan menawarkan penyelesaian mobiliti hijau kepada penduduk di rantau Asia Pasifik, yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pemandu tetapi kepada pengguna jalan raya lain Misalnya, penumpang kenderaan e-hailing yang boleh memilih EV bagi perjalanan mereka.


Sumber: google image

Namun, Beliau juga turut menegaskan usaha Petronas paling nyata dalam pasaran solar dan sudah mencatatkan kemajuan yang ketara dengan pencapaian kapasiti 1 GWp tenaga boleh baharu, menerusi Amplus Solar iaitu anak syarikat Petronas di India, yang membangunkan lebih 400 projek di 24 negeri di India.Di Malaysia, mereka beri perkhidmatan kepada pelbagai jenis pelanggan dan mencapai kapasiti 100 MWp+ aset solar yang beroperasi dan sedang dibangunkan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3