Ya, seperti yang anda lihat pada namanya, Geng’s Corner Kedai Makan Upin Ipin Flava ialah satu restoran yang bertemakan karakter kartun yang terkenal itu. Kedai yang terletak di Shah Alam bukan hanya semata-mata pada nama tau, sebaliknya terdapat menu yang unik disediakan.
Jadi, sekiranya anak-anak anda merupakan peminat tegar Upin Ipin, anda wajib membawa mereka ke restoran ini. Makan bersama kartun kegemaran, siapa yang tak seronok, kan!
Baca juga: Hotel Kapsul Paling Syok di Malaysia 2022
Siapakah Upin Ipin
Upin dan Ipin merupakan anak kembar yatim piatu di bawah jagaan Kak Ros dan Mak Uda. Bersama ramai rakan mereka, Upin dan Ipin menghabiskan hari-hari mereka mempelajari pelbagai perkara dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan.
Upin Ipin merupakan animasi kebudak-budakan dan mempunyai jalan cerita yang ringkas supaya mudah dihadam oleh kanak-kanak. Upin dan Ipin adalah kartun yang dimaksudkan sebagai sarana pendidikan akhlak dan budi pekerti, bukan sekadar kartun sebagai hiburan.
Banyak adegan dalam Upin Ipin menunjukkan kepentingan toleransi, persaudaraan, persahabatan, dan banyak lagi. Watak Upin dan Ipin diceritakan sebagai tokoh Islam yang mempunyai kawan bukan Islam, seperti Jarjit Singh anak Punjabi dan Mei-Mei anak Cina. Jelas sekali bahawa siri animasi ini bertujuan untuk mengajar kanak-kanak betapa pentingnya toleransi.

Restoran Bertemakan Upin Ipin
Restoran Upin Ipin diberi nama Geng’s Corner Kedai Makan Upin Ipin Flava. Geng’s Corner ialah anak syarikat di bawah syarikat animasi tempatan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., iaitu syarikat animasi yang menghasilkan siri animasi Upin Upin.
Membawa watak animasi yang sama, restoran ini dibina berdekatan dengan bangunan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd itu sendiri.
Menu Geng’s Corner
Terdapat banyak jenis hidangan lauk-pauk yang disediakan di sini. Dimana antaranya ialah Masakan Kampung, Masakan Western, Lauk Campur, dan Masakan Thai.
Berikut ialah 5 pilihan bagi Set Makanan Terbaharu di sini:
- Set Prawn Butter Milk
- Set Kambing Grill Black Pepper
- Set Chicken Pop Corn Sweet Sour
- Set Daging Masak Cili Kering
- Set Dorry Fillet Butter Lemon

Ini pula antara lauk-lauk yang ada di sini.Huisyhhh, sedapnyaa..

Bagi yang nak melihat review-review yang diberikan, anda boleh lihat di laman instagram gengscorner.
p/s: Geng’s Corner pun ada menyediakan perkhidmatan katering tau, samada untuk majlis peribadi, majlis sambutan hari jadi, atau majlis-majlis korporat.
- Lokasi: No 2, Jalan Boling Padang, G13/G, 40100. Shah Alam. Selangor (link google maps)
- Waktu Operasi: Setiap Hari (Pukul 8.00 pagi-12.00 malam)
- Link untuk memesan makanan melalui FoodPanda (klik sini)
Gambar Bonus
Gambar aiskrim Upin di Geng’s Corner. Ada banyak lagi aiskrim untuk karakter lain tau kat sinii…