GELORA BAKAL MELANDA BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA


Skuad Harimau Malaya nyata benar-benar serius dan tidak main-main bagi menghadapi ‘gelora’ Piala Asia apabila tidak membuang masa dengan melakukan perancangan awal biarpun saingan tertinggi Asia itu hanya akan berlangsung pada Januari tahun depan di bumi Qatar.

Malah menyedari kualiti pencabar lain di Piala Asia itu bukan ‘biasa-biasa’, difahamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang merancang untuk mendedahkan skuad kendalian Kim Pan-gon dengan aksi bermutu tinggi berdepan jagoan dunia sebagai persediaan ke saingan itu.

Lantas, beberapa aksi persahabatan dengan bertemu pasukan di tangga ke-100 dunia ke atas bakal menjadi ujian buat pasukan negara dan ia akan bermula seawal aksi jendela antarabangsa pada bulan depan.

Menurut sumber, langkah itu diambil bagi mendedahkan anak buah Pan-gon dengan perlawanan yang berimpak tinggi, sekali gus FAM mahu menyediakan pasukan terbaik ke Piala Asia nanti.

Akan ada perlawanan dengan pasukan ternama pada bulan Mac ini, dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

GELORA BAKAL MELANDA BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA 2

 

“Perlawanan akan dimainkan dalam negara sahaja, pasukan tidak akan keluar (bermain di luar negara) pada bulan Mac ini,” kata sumber yang enggan mendedahkan nama negara terbabit yang bakal menjadi lawan skuad Harimau Malaya nanti.

Difahamkan pasukan yang dimaksudkan itu sudah beberapa kali membuat penampilan di Piala Dunia termasuk di Qatar pada hujung tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit selepas berjaya muncul lima naib juara terbaik dalam Kelayakan Piala Asia pada Jun tahun lalu.

sumber:- HM

Kejayaan itu cukup manis di mana ia menamatkan badi selama 42 tahun selepas kali terakhir beraksi di Piala Asia pada 1980 yang berlangsung di Kuwait, dengan Malaysia ketika itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan B di tangga ketiga di belakang Korea Selatan dan tuan rumah, sekali gus hampa gagal ke separuh akhir.

The Harimau Malaya squad is really serious and not playing around to face the ‘turbulence’ of the Asian Cup if they don’t waste time in doing preliminary planning even though the highest competition in Asia will only take place in January next year in Qatar.


Even aware that the quality of the other challengers in the Asian Cup is not ‘ordinary’, it is understood that the Football Association of Malaysia (FAM) is planning to reveal the squad managed by Kim Pan-gon with high-quality action against the world’s best in preparation for the competition.

Then, some friendly action by meeting teams ranked 100th in the world and above will be a test for the national team and it will start as early as the international window action next month.

According to sources, the move was taken to reveal Pan-gon’s men with high-impact matches, thus FAM wants to prepare the best team for the Asian Cup later.

There will be a match with a famous team this March, and it will be announced soon.

“The match will be played in the country only, the team will not go out (to play abroad) this March,” said a source who refused to reveal the name of the country that will be the opponent of the Harimau Malaya squad later.

It is understood that the team in question has made several appearances at the World Cup, including in Qatar at the end of last year.

The Harimau Malaya squad qualified for the Asian Cup on merit after successfully emerging as the top five runners-up in the Asian Cup Qualifiers in June last year.

source:- HM

The victory was sweet enough as it ended a 42-year streak after last appearing in the Asian Cup in 1980 in Kuwait, with Malaysia then finishing third in Group B behind South Korea and the hosts, thus missing out. to the semi-finals.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3