Zul Ariffin dengan Ruhainies tengah bercinta ke?
Sorang pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin telah menjadi sebutan ramai baru-baru ini apabila aksi mereka di sebuah majlis tular di Tiktok dan juga Instagram. Sebelum itu, kedua-dua pelakon ini pernah juga dikaitkan bersama gara-gara dilihat terlalu mesra dengan satu sama lain.
Menerusi video tersebut yang telah dikongsikan ini, Ruhainies dan Zul Ariffin dilihat menghadiri sebuah majlis bersama-sama yang turut dihadiri oleh para media dan selebriti lain. Dalam masa yang sama, kelihatan mereka sedang sibuk bergambar bersama peminat di sana.
Kedua dua pelakon itu kemudian mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat Zul Ariffin membisikkan sesuatu kepada Ruhainies sambil memegang lengannya sebelum berlalu pergi. Aksi mesra mereka di sepanjang majlis itu juga turut menjadi bualan ramai di mana ramai yang menganggap kedua-dua pelakon itu sudah pun berkahwin namun memilih untuk tidak mendedahkannya.
View this post on Instagram
Pelbagai spekulasi juga turut timbul di mana ramai yang menggelarkan mereka sebagai pasangan suami isteri terutamanya apabila kedua-duanya tidak menyorokkan kemesraan itu di hadapan ramai. Ruhainies juga turut berkongsikan video di laman Instagram yang juga menunjukkan aksi mesra dia bersama Zul Ariffin semasa majlis tersebut.
Mesti kecoh di ruangan komen kan?
Lihat di ruangan komen, kebanyakan netizen juga kecoh dan turut tertanya-tanya tentang status hubungan di antara kedua-dua pelakon ini. Malah ada juga yang mendakwa mereka sudah berkahwin namun tidak dapat mendedahkannya kepada umum kerana kontrak kerja masing-masing.
Baca juga : Solat di Hijir Ismail, hadiah buat tukang cuci Kaabah