Garis Panduan Sekolah 4.0 Mengikut SOP Baharu


Kementerian Kesihatan akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, maka Kementerian Pendidikan akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan sebelum garis panduan baharu tersebut diumumkan.


Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 akan dibentangkan.

Baca juga:

Kelonggaran SOP Covid-19:

Ramai yang ingin melihat sektor pendidikan dibuka kembali dengan lebih meluas.


Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini memberitahu bahawa kelonggaran beberapa SOP Covid-19 yang akal diumumkan Rabu ini bersifat selamat serta cermat kerana kerajaan tidak mahu tersilap langkah.

Pembukaan sekolah pada kali ini juga dilakukan dengan niat agar sekolah dapat terus beroperasi dan tidak perlu ditutup lagi. Justeru, ia perlu dijalankan dengan lebih cermat dan selamat.

Guru Bersara Awal:

Berhubung isu guru bersara awal, Radzi berkata, kementerian sedang meneliti isu tersebut dan akan memberi penjelasan sewajarnya pada masa akan datang selain secara umumnya, data-data dari 2017 sehingga hari ini menunjukkan jumlah guru bersara awal tidak banyak berubah.


Ada diantaranya puncanya sebab tekanan selepas Covid-19, banyak bebanan tugas kerja, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan sebagainya. Jadi pihak Kerajaan sedang cuba memahami apakah punca menyebabkan guru-guru mengambil keputusan bersara awal. Semua keputusan dibuat dengan penelitian.

Sumber: UTUSAN




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3