Home » Isu Semasa » Gardenia Diminta Kemuka Justifikasi Kenaikan Harga Isnin Ini

Gardenia Diminta Kemuka Justifikasi Kenaikan Harga Isnin Ini

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid meminta untuk Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar produk roti Gardenia diminta mengemukakan justifikasi berhubung cadangan untuk menaikankan harga makanan berkenaan.

Beliau berkata, syarikat pengeluar roti itu diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk memberikan laporan lengkap justifikasi cadangan untuk menaikkan harga.

“Setakat ini, kita belum lagi menerima justifikasi cadangan syarikat itu untuk menaikkan harga yang dijangka berkuat kuasa 1 Disember depan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, di sini, hari ini.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Ketika diminta untuk mengelas mengenai kenaikan harga barang mentah dan sayur di pasaran. Beliau berkata, kenaikan harga bahan mentah berpunca daripada peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import dan juga kenaikan harga produk di pasaran.

“Punca lain disebabkan kilang baru memulakan operasi selepas ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19 dan masalah logistik.

“Harga barangan dan bahan mentah dijangka stabil selewat-lewatnya bulan depan,” katanya.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Gardenia Diminta Kemuka Justifikasi Kenaikan Harga Isnin Ini” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!