Gaya Tido Bilal Jadi Trend, Ramai Kreatif Kongsi Parodi


Baca juga:

Menurut perkongsian Neelofa itu, anaknya Bilal kini berusia genap 6 bulan.

Neelofa turut menulis doa untuk anaknya itu di captionnya.

“Moga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah SWT. Semoga semua anak2 kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin,” tulisnya.

Gambar Bilal Tular:


Foto comel itu tular di beberapa platform lain sehingga meraih pujian netizen, namun ada juga segelintir individu mengecam Neelofa kerana masih tidak mendedahkan wajah anaknya.

Ada juga beberapa pengguna media sosial tidak lepaskan peluang menghasilkan parodi tidur di dalam kereta sambil meletakkan bantal leher pada bahagian mata.

Menurut seorang pengguna laman Facebook yang mempunyai 28,794 pengikut di Facebook, Khairul Faizie memuat naik fotonya seperti gaya tidur Bilal dengan mengatakan dia akan mencecah usia 44 tahun dalam tempoh enam bulan lagi.

Begitu juga dengan seorang pengguna aplikasi TikTok, @apanmalek yang berkongsi video memaparkan gaya tidur sama selain meluahkan kesyukuran akan menjengah usia 32 tahun dalam masa enam bulan.

Meninjau ke ruangan komen, kedua-dua posting parodi itu membuatkan ramai netizen terhibur sekali gus tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi Neelofa.

 

Sumber: UTAMA DAILY


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3