Gara-Gara Barang Subsidi Telah Disalah Gunakan, Rakyat Menderita


Seharusnya penguatkuasaan kini perlu ditingkatkan lagi bagi mengesan penyalahgunaan subsidi barang selain penyeludupan barang bersubsidi hingga menyebabkan bekalan barang berkurangan di pasaran tempatan. Perkara tersebut telah disuarakan dua persatuan peniaga yang melihat isu bekalan barang bersubsidi tidak akan selesai walaupun kerajaan mengambil pelbagai pendekatan membantu rakyat terutama kumpulan B40 dan M40 kesan kenaikan harga akibat cabaran ekonomi global.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) iaitu Datuk Ameer Ali Mydin telah berkata sudah tiba masanya kerajaan meningkatkan penguatkuasaan di sempadan bagi menyekat penyeludupan barang bersubsidi seperti minyak masak paket berikutan peningkatan RM4 bilion subsidi bahan makanan itu.

Gara-Gara Barang Subsidi Telah Disalah Gunakan, Rakyat Menderita 2

Sumber: google image

Dalam isu minyak masak paket pula katanya, bekalan tersebut tidak bermasalah dan pembekal serta pengedar masih membekalkan kepada peniaga mengikut kuota yang telah ditetapkan. Bekalan masih tiba sampai mengikut masa ditetapkan. Setakat ini, pengedar dan pembekal mengikut waktu yang ditetapkan. Masalahnya, bekalan minyak bersubsidi ini tidak pernah cukup walaupun subsidi ditingkatkan dua kali ganda kerana berlaku ketirisan apabila ada yang mengambil kesempatan menyeludup ke luar negara. Malah juga diberitahu minyak bersubsidi ini turut dihantar ke negara di Afrika.

Beliau mengulas usaha kerajaan memberikan subsidi RM77.3 bilion meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan tarif elektrik. Isu minyak masak berpaket ini tidak akan selesai selagi kerajaan memberi subsidi untuk bahan makanan itu, menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyalahgunakannya.

Jika minyak masak berpaket tidak disubsidi, isu bekalannya dapat diselesaikan, namun ramai yang akan marah dengan cadangan itu. Kerajaan prihatin dengan menambah subsidi minyak paket untuk membantu kumpulan kurang berkemampuan tetapi ia disalah guna oleh kumpulan yang tidak patut menikmatinya.

Disamping itu, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosli Sulaiman, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus perlu meningkatkan penguatkuasaan ke atas barang bersubsidi seperti minyak masak paket, gas memasak dan ayam. Katanya, peniaga termasuk pengusaha restoran menggunakan barang bersubsidi itu untuk beroperasi yang secara tidak langsung menafikan hak kumpulan B40 selaku penerima subsidi.

Penguatkuasaan ini bukan dibuat secara berkala tetapi berterusan kerana tindakan peniaga dan restoran itu tidak adil kepada rakyat. Mereka menggunakan barang bersubsidi tetapi menaikkan harga berlipat ganda dengan alasan kenaikan harga barang di pasaran kesan ekonomi global.

Mengulas untuk isu yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan melegakan pengguna dan kumpulan B40 di negara ini. Walaubagaimanapun, katanya, masih wujud ketirisan termasuk isu penyalahgunaan subsidi dan penyeludupan, menyebabkan subsidi barang tidak sampai kepada pengguna dan kumpulan sasar.

Kini Sudah sampai masanya kerajaan melihat kepada isu penyalahgunaan subsidi dan penyeludupan barang bersubsidi dengan meningkatkan penguatkuasaan. Pada masa yang sama juga, kerajaan harus melihat sikap pembekal memanipulasi bekalan bagi memberi tekanan kepada harga barang. Sebagai contohnya, kes bekalan ayam. Apabila kerajaan tetapkan harga siling RM8.60, pembekal dakwa bekalan kurang dan jika ada pun ayam yang kecil tapi selepas harga siling ayam standard ditetapkan 40, ada banyak pula bekalan.

Ini satu bentuk tekanan dengan manipulasi bekalan untuk menaikkan harga barang dan seperti wujud pakatan daripada pengeluar dalam isu ayam ini. Marilah Kita sama-sama berharap perkara yang sama tidak membabitkan barang keperluan yang lain juga.

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3