Home » Isu Semasa » Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober, Lihat senarai kawasan Selangor, Kuala Lumpur.

Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober, Lihat senarai kawasan Selangor, Kuala Lumpur.

PENDUDUK di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 13 Oktober disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Air Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, menasihatkan pengguna di Selangor untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan merujuk laman hentitugas.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

“Kerja-kerja ini tertangguh sejak tahun 2019 dan penting bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti kebocoran paip SSP 1 pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan dan berkongsi info grafik notis hentitugas.airselangor.com di laman Facebooknya pada Rabu.

Menurut notis berkenaan, jika penyelengaraan itu tidak dilaksanakan, ia berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan dan gangguan bekalan air secara mengejut.

Dalam pada itu, ia juga dilakukan bagi menambah baik aset dan fasiliti bekalan air.

“Kelulusan kerja telah diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) manakala kesan kerja akan membabitkan penghentian sementara tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1).

“Tempoh penyelenggaraan bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam pada13 Oktober membabitkan 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor,” menurut notis itu.

Notis tersebut turut memaklumkan peringkat pemulihan bekalan air akan bermula jam 5 petang pada 14 Oktober secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 16 Oktober, jam 9 malam.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Lihat Senarai Kawasan dibawah:

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober, Lihat senarai kawasan Selangor, Kuala Lumpur.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!