Yeay entri pertama di tahun 2011! Tahniah buat diri sendiri sebab berjaya jugak update Oh Malaysia. Pada 28 Januari 2011 iaitu semalam, saya dan beberapa orang kawan telah ke Carrefour Wangsa Maju untuk menyokong Hero Malaya yang melakukan amal di pasaraya itu.
Seramai 20 orang pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak dan penyampai radio menyertai misi ini seperti Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.
Zahiril Adzim
Erry Putra
Fazley Yaakob
Zahid AF2
Saya dan Zizan Raja Lawak
Rakan blogger. Dari kiri: Bob Redfinger, Roslan Nazri, Andyhowtt dan Amir Said.
Wartawan Melodi
Misi Hero Malaya berjaya menyumbangkan sebanyak RM60,000 dan didermakan kepada pelakon, Bob Kuman yang memerlukannya untuk membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut
Related Posts
- MK Tayang Kekasih Buat Ramai Wanita Patah Hati , Kekasih Pulak Anak Orang Kenamaan Pahang
- βDoakan Yang Terbaik Untuk Kebahagiaan Kamiβ β Noor Nabila
- Keluarga Atta Halilintar Dituduh Ikut Ajaran Al-Aqram Setelah Dua Tahun Tinggal Di Malaysia
- Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari Bali
- Baby Shima Bakal Berpindah Kerana Merajuk?
wow.. baru balik australia bro..
aku dah lama balik Malaysia. 28 Nov 2010 hari tu. π
wah mesti meriahkan..
ramai jugak orang. meriah. π
Haha.. apasal muka bro Amir macam blushing je bergambar dgn diorang.. =)
@Dauspozi,
ha’a lah kan ? hehehe
pipi aku memang cepat merah. tak tau apsal. haha.
@Amir Said, woot2x!
tahniah pada mereka…
berjaya bersama-sama dalam acara amal seperti ini…
betul-betul #HeroMalaya
semoga dorang teruskan program amal macam ni. tolong orang2 yg memerlukan. π
Sepatutnya kena pakai baju hitam lah. Barulah nampak konon-kononnya selebriti jugak. HAHA.
aku ada beli baju macam tu. RM10. tapi kaler putih la.
satu usaha yang perlu digalakkan.. =))
bagos jugak diorg ni.. π
selebriti kita ..
wow!!!…syoknyer….amer dapat jumpe dorang semua….
ramai selebriti datang. seronok. π
bile lelaki2 hensem bertemu.
BERPINAU MATA CHEAAAAA
amboi2 lolly. hehe..
heroin malaya bila lagi? :p
aku pun terfikir benda sama. mesti best kalau ada Heroin Malaya. Lisa Surihani, Scha, Liyana Jasmay etc.
tolong-menolong amalan mulia..
*1st time jenguk sini;)
pergh, update akhirnya, siap gambar dgn artis tu bro π
lama gile tak update. takde momentum nak update blog. π
wow… macam best jer… hehe
Zahid!!! sumpah teringin nak jumpa.
tengok dia ketawa. tersenyum sekali :’)
kalau drg buat kat care4 kota damansara..sure dh pegi…hehehe
saya pun dari jauh datang event ni. saje nak support Hero Malaya. π
patutla diaorang nie tukar profile picture (hero malaya) time main tweet2 hari tuh…
aku pun tertanya2 jugak hari tu..
amer pn dah macam artis saya tengok π
ada-ada je cik fina ni. hehe. π
bwahhaha, ko hero malaya ker, hehe, best dapat jumpe artis, hehehe
hehe…artis bersama peminat….:)