Home » Isu Semasa » Gambar Bungkusan Makanan Berserta Wang Tunai RM50 Berlaku di Luar Melaka

Gambar Bungkusan Makanan Berserta Wang Tunai RM50 Berlaku di Luar Melaka

MELAKA, 5 NOV – Polis Melaka menafikan penyebaran gambar bantuan bungkusan makanan yang telah diselitkan bersama wang tunai RM50 yang dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti meraih undi melibatkan sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov 2021 ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Azlan Abu berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan. Bungkusan makanan itu merupakan bantuan makanan kepada warga emas dimana kejadiannya dilaporkan berlaku di luar negeri Melaka.

“Hasil semakan Polis Melaka, terdapat sebuah video berkenaan kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai Rm50 kepada orang-orang tua, namun tidak terkesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik di dalam kandungan video tersebut.

“Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan dibuat berkaitan kejadian tersebut,” katanya di dalam kenyataan disini hari ini.

Semalam 4 Nov, tular di beberapa laman media sosial popular berkaitan bungkusan makanan berwarna putih yang di selitkan makanan di atas bungkusan tersebut. Keterangan gambar yang mendakwa ianya berlaku di Melaka serta komen dari pelbagai pihak yang mengatakan program bantuan itu berunsurkan politik dan bertujuan meraih undi.

Azlan Abu berkata, satu kertas siasatan telahpun dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita-berita palsu atau tidak sahih yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga berkata, individu yang mempunyai maklumat atau mengetahui akan kejadian tersebut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Md Assyukri Saini di talian 016-7530492 bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau juga mengingatkan kepada orang ramai, agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih demi kepentingan sendiri kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Sumber dipetik dari pada BERNAMA

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas merupakan panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Gambar Bungkusan Makanan Berserta Wang Tunai RM50 Berlaku di Luar Melaka” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes